BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 16, 2009

.:: Last Day Of 4th Year ::.

Yuhuuu~ hik3.. sowie, fatin menghilang beberapa hari kerana bizi sikit dengan hal2 hostel dan nak balik ke malaysia.. Fatin sebenarnya nak up satu post pasal BBQ haritu, tapi tunggu gamba dari camera tiha x dapat2, tu yang postpone jep. memandangkan harini fatin nak up post pasal last day of skool, fatin satukan jer lah posting yerp..
6 June haritu, kami sekelas mengadakan aktiviti BBQ.. anual BBQ la buley dikatakan. setiap tahun pun wajib buat. Fatin cam biasa, buat perap2 ayam. Last year, fatin buat salad & perap ayam. tahun nih, fatin handle perap ayam 1.5kg jer. Kami beli lebih 3kg ayam. Fatin buat ala-ala Shashleek. Tiha buat kicap & blackpepper. John buat ala-ala satay. Sharmini buat coleslow. Bhavani & Pravina buat pizza. Etot buat bake potatoes.


Me n Tiha wif ayams, seperti gaya makcit shashleek.
Semua ayam memang maveles. hik2.. fatin dan tiha ada extra pulak, gi bakar sosej pulak kot atas. pastu bising la rentung la ape. Masa mula2 tuang arang, bajet macam x cukup arang, gi la beli lagi 2 paket. pastu besi nak bakar pulak xde, nasib baik pinjam kak sol punya besi shashleek (tu besi yg cocok2 tuh). terasa cam makcit shashleek pulak hari tuh..hiks..
Pravina datang bawak pizza lepas semua ayam dah siap bakar. rupa-rupanya, satu paket arang pon dah cukup. ada baki lagi 3 paket. alamatnya, carry fwd utk tahun depan punya BBQ lah pulak. hehehe..
Ayams tiha & john. Fatin punya ayams final round baru bakar. sob2..
Lepas dah makan ala-ala macam nak pecah perut tuh, Pravina pun bawak la "Picturenary". Satu game yang mana, kita perlu melukis di kertas dalam masa yang ditetapkan dan rakan-rakan perlu lah meneka. tapi version kami, bukan melukis.. kami terpaksa b e r l a k o n! Hahaha.. sebenarnya, adala video lakonan-lakonan semua ahli yang ambil bahagian. Fatin tgk video-video nih, nak tercabut usus pulak gelak sorang2 kan. Masa fatin disuruh lakonkan perkataan "Birdbath" ntah ape2 jer fatin terkipas-kipas tangan cam nak terbang.. siap "dushhhhhhh" konon nak kasik paham la perkataan "bath" tuh kan. lolx. John pun xleh tahan gak lakonan dia.. nak lakonkan "Catfish", siap buat bunyik "blup blup blup" adoiiii~ kalau boleh gulen2 gelak, lama dah kami tergulen gelak dengan gelagat sorang2. Sharmini mmg the worst actor! hahaha..
Dalam banyak-banyak, pada pandangan fatin la, Fatin dan Tiha banyak gelak! John & Sharmini mmg buleh berganding berlakon dengan gaya yang buleh buat gelak sampai terguling. Bhavani & Etot memang ahli yang aktif meneka, kebanyakkannya diorang yang teka betul. x putus mulut diorang kuar perkataan. fatin dan tiha hanya gelak jer sebab x bley tahan! adoi..
Banyak round gak la kami main game tuh. Insyaallah nnt fatin up kan lagi gamba kasik korang sket gambaran, okey? Lepas dah main penat2 letey2 tuh, fatin sampai semput kat situ, tiba2 Pravina cakap nak bawak the second pizza. ya tuhan, ada 2 pizza ke?! ingatkan suh buat satu tray jer! fatin org first cakap "Aku nak saboi jer (take away dlm russian). perut dah nak meletup!" yang lain2 pun rupa2nya dah full..hehehe..
Tanpa disangka2.. rupa2nya tray yg dimaksudkan tu adalah kek besday fatin.. *blushing* hik2.. rupanya besday ku dicelebrate kan sekali dengan BBQ tuh.. tenkiu guys.. mmg x suspek langsung! hahaha.. tahun nih fatin 2x kena kejutan la.. x adil betol.. selalunya fatin dah buley agak :P
Fatin wif the yummy choc cake!
Tenkiu to all my beloved classmates *hugs2x* Sangatlah sayang korang semua.. kek tuh mmg maveles! sedap giler! tenkiu2.. huii.. x terucap oleh kata2, betapa gumbiranya beta di hari itu.. ekekeke..
so, itulah serba sedikit cerita pasal BBQ bagi tahun 2009.. sepatutnya mmg nak buat masa bulan May, tapi memandangkan ada exam Forensik kan, so terpaksalah postpone. Lupa pulak nak cakap, tempat BBQ tuh ekceli belakang hostel 5 jer.. adalah dalam 2-3minit jalan kaki dari hostel 1 (hostelku). mmg ada kawasan lapang kat situ, angin buleh tahan gak la tiup. xde la bunyi desiran2 ombak ke, air ke ape.. x kisahlah, asalkan enjoy! plus the food were great! and we really had a great and memoriable time!
Sambungan...
Harini bertarikh 16June 2009, merupakan hari terakhir kami bergelar pelajar2 tahun 4 *sengih lebar* heeee.. dah habis dah 4th year! yabedabeduuuuu~ next sem: 5th year dah! huhuhu..
sungguh cepat masa berlalu ekceli.. x sangka, usia pun dah masok 23tahun.. dah nak masok 5th year.. haihhh.. cepat sungguh! x sangka dah lebih 5tahun bermastautin di bumi ukren nih :)
Harini, hari last sekolah. Cycle terakhir fatin adalah cycle Tuberculosis. Cikgu fatin memang sangat baik dan pandai mengajar. fatin sangat suke dia. bersungguh dia ajar pasal tuberculosis, sampai buatkan fatin naik takot laks! hehehe.. walaupun terlalu tinggi chances to get infected, tapi didoakan agar dijauhkan dari diri fatin dan rakan-rakan yang lain. chances mmg tinggi, bukan saja dengan TBC, tapi untuk semua jenis penyakit. nak buat camana, itulah tugas.. andai kata suratan takdir begitu, maka perlulah redha saja kan.
Tiha. Cikgu Hensem. Fatin.
Topik terakhir harini merupakan complications of TBC: Pneumothorax & Hemoptysis. terasa macam bukan last class pulak tadi kan. Cikgu nih sebenarnya bukan cikgu sebenar kelas fatin. cikgu sebenar kami terpaksa hadiri peperiksaan besar utk pelajar2 tahun terakhir, so cikgu nih take over lah. tapi, kelas kami terpaksa berpecah dua. Fatin, Tiha, Sharm, Bhavani & Pravina under cikgu nih. yang lain, gi cikgu lain. walaupun camtu, sikit pun kami x rasa membebankan stadi (jangan sapa2 gatai nak pi repot lak.. aku dapat tau, siap! ada yang x tenang hidup kat dunia nih nanti kot.. xyah nak sibuk2 hal orang, jaga tepi kain sendirik sudah!). Cikgu nih english dia power gaks, mengajar dengan bersungguh sampai paham! fatin jadi suka laks blaja TBC nih :D
Lupa pulak nak cerita apa jadi kat Pravina. sepanjang minggu nih, dia xde kat kelas, masok wad.. sian pravina.. kena Lumbar Prolapse, Radiculopathy S1 sob2.. sian dia.. this was her 3rd attack! last time, dia kena sebab angkat baldi berat. Gi check kat msia masa balik summer, doc pun dx yang sama jugak, cuma ada suspected Osteochondrosis juga. Pravina buat physiotherapy jer. She felt better, sampailah last year, jatuh terlentang pulak masa snowy day, kena 2nd attack. tapi x severe sangat. this time, dia kena lepas duk buat aerobik teruk2. ishk.. kami xtau pun dia ada sakit gitu, kalau tau, sumpah x bagi dia main sports teruk2. sob2..
Kitorang gi lawat dia kat wad semua.. sangat kesian tgk dia. langsung xleh nak gerak. rupa paralyse pun ada. hishh.. patutnya, 16june nih dia fly balik, tapi doktor x kasik lepas. postpone flight on 23rd. balik ni terus dia gi spital, continue treatment. hmm.. tadi sempat skodeng X-ray & CT Scan dia, mmg obviously terus dia punya lumbar vertebrae.. displace terus juga intervertebral disk dia. hish2.. pravina nih.. apa pun, kami tetap doakan dia cepat sembuh dan sihat..
so, itulah kisahnya fatin di tahun keempat sebagai pelajar perubatan Crimea Medical University. Fuhhhh~ 2 more years to go! All da best to all! before that, H a p p y H o l i d a y s! hehehe.. esok last day.. khamis pagi2 nak cabot dah! huuuu~ beshnyeee.. jalan2 London! weeeeeeee!~

0 feedbacks: