BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 3, 2010

.. Mood Memasak..

Sunday, 11.59pm :D hehe.. nak jugak save 1 minute tu kan? yer lah, kalau tak dah dikira Monday pulak :P
Well, Assalamualaikum pembuka bicara.. Selamat hari Isnin pada semua :D nak ucap selamat hari ahad, dah terlambat sangat nampaknya :P

Well, hari ini fatin sangatlah busy! sangat2 busy.. Sejak bangun pagi, mengemas bilik, pastu start memasak, sampai lah makan, then dok depan lappy lagi.. pheww~ busy woman :P

Hari ni planning mahu makan ikan kukus.. sekali masak, 2 ekor fatin belasah skaligus haha! sekor tu, sepatutnya digoreng/dibakar, sebab sgt banyak tulang dan hanyir.. ala2 mcm ikan terubuk tuh.. Sekor lagi tu pulak, just nice lah nak buat sup/kukus.. tapi nak senangkan keje, fatin kukus jer dua2 ekor..puas hati! alaa..sendiri je pun nak makan kan? lain la kalau kat umah, nak kena jaga perut selain dari perut sendiri, maka kenalah buat sebaik2nya.. utk perut sendiri nih.. belasah je asalkan sedap di lidah sendiri :D

kebetulan nak memasak tu, fatin pun terpaksa merajinkan diri blend semua stok2 bawang merah dan bawang putih, kemudian blend skali cili2~ tujuannya, utk mudahkan keje di masa hadapan. kalau di rumah, mmg beginilah routine mama fatin.. beli banyak2 bawang, pastu kupas2, blend semua.. masok dlm bekas.. next time nak masak,  mudah lah kan~ fatin percaya ramai gak yg mengamalkan konsep ni skrg :D 


Bawang2 sekalian~

Cili2 sekalian~

Hehehe.. itulah dia bawang2 dan cili yang bakal di blend sampai lumat :P kalau yg cili tu, lepas blend fatin akan masak atas dapo dulu.. api pelan.. tumis dgn minyak.. sampai pecah minyak, then dah sejuk, masokkan dlm bekas..insyaallah boleh tahan sebulan-3 bulan..
Ikan kukus yang x berapa nak hensem~

Taraaaaaa~ nih pulak hasil ikan kukus yang dibuat dengan kuah sambalnya.. well, frankly, rasanya oklah not so bad, tapi disebabkan terlalu banyakkkkk tulanggggg mengalahkan ikan terubok!! grrr.. potong stim nak makan dgn nikmat! ada lagi banyak ikan nih, esok plan nak buat kuah kicap plak lah.. so ada dua kuah; sambal dan kicap..nyummy!!~ ai like! hehe..

Lately mmg asyik nak makan ikannn jer..well, bukan lately lah, sejak 3 bulan yg lalu.. jejak jer kaki di msia, langsung x sentuh ayam, makan ikannn jer..semua jenis ikan di msia, semua mahu makan! tapi lepas makan ikan kukus tadi, fed up dgn tulang, rasanya nak kena break dari ikan banyak tulang ni for some time.. huhu..

Well, itu jer lah cerita pada hari ini.. nuthing much sebab fatin x kuar pun.. cuaca sgt sejuk! around 7'C today.. plus hujan renyai2 lagi.. and fatin juga kurang kesihatannya.. maka dok bilik mengemas dan memasak jer lah~ hehe.. konon suri rumah tak bertangga yang berjaya lah kan? hehe.. mudah2an..ameen!

okeh, time to rest! esok ada kelas.. last day of nephrology.. banyak sebenarnya nak menulis, but, later okeh! nak berkongsi pengalaman di malaysia, di saudi dan juga di ukren.. :D

Selamat hari Isnin utk semua! mulakan minggu anda dengan senyuman! :D 

2 feedbacks:

uncle^dean said...

first day masak sejak sampai eh...gud /no1 masak utk mkn sendiri ni bagus..sambil tu menjimatkan :D ayak isnin kerp...adoi....ok GTG bye

Fatin said...

haha.. hopefully pasni ada lah masa nak memasak selalu kan.. huhu~ actually x sabar nak tggu dapat stok herbalife nih.. senang idop! :P

ya lah dah isnin..syuh2..gi tido! jentik kanG!