BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 4, 2011

Memori Ai-Petri!

Celebrating 8th March - Women's day @ Ai Petri
Assalamualaikum & Salam Sejahtera (^_~)v

Kali ni fatin nak kongsi cerita masa celebrate hari wanita pada 8 Mac 2011. That time, buat plan pun last minute, tapi selalunya plan last minute ni lah yang menjadi hehe. Etot dan fatin plan together with Jubie, Pick Har, Daniel, Yusen. bertolak pada 7 march 2011 by bus. nak pegi stesen bas pon, fatin etot dan pick har hampir2 ketinggalan bas. haha. perjalanan amek masa 2 jam lebih. 



sampai ke Yalta Central Bus Station. Harapan nak naik cable car tapi sebab masalah teknikal, tutup. maka kenalah naik van ke atas. 45minit naik atas, tanpa henti, sampai2 memang pening. dok dalam van tu, mmg berdoa panjang, janganlah aku muntah kat sini. haha. giler loya! muntah telan balik kot. lol


Sempat amek view dekat castle di Yalta. naik2 atas bukit, terus cari tempat tinggal yang dah di booked. oklah, sbb kami tak ramai, dapatlah murah sket. awal2 hari 1st sampai tu dah terus try main ski. diorang yg lain mmg semua teror2 belaka. fatin teror buat snow-woman je : jatuh golek2! hahaha.. balik malam tu lebam sini sana. fatin paling teruk lebam di lutut lah..


penat2 main, singgah makan dulu kat kedai makan situ. mahal la jugak tapi ok2 lah.. masa kitorang sampai, mmg sejok gile. fatin pakai 2 lapis seluar tebal. even gloves pon pakai 2 lapis. baju takyah kira lah.. 6 lapis rasanya. haha.. macam mak penguin dah. 

masa sampai pon dah nak petang, angin sepoi2 bahasa, mmg killer. tapi bila dah sebok dok naik turun bukit main, mmg tak terasa lah sejok nye. berpeluh pulak. hehe. fatin tak reti ski! saya cepat panic. haha. tak balance lagi. sobs. tapi xpa, sekurang2nya ada pengalaman kan :)


Malam tu kitorang lepak2 di rumah kitorang. amek2 gamba mcm org tak penah jumpa camera kan. haha. cik pick har rajin buatkan coffee dan megi. tq so much pick har~ fatin.. rajin panjat pool table je. lol. sebbek tak reban. haha.




malam tu tido bau minyak panas/urut je. sini sana lebam tuhan je tahu. tengok lutut sendiri rasa skeri pulaks. kalau boleh up gamba sini, dah up dah lol. sbb tak boleh je.haha..

Esok pagi nye pick har paling awal skali bangun dah keluar book snow board. huhu smangat dier! kitorang panjat2 gak la amek pictures all. nice view..siyesly.. trip ke ai petri antara trip yg fatin xkan lupa. nice memories there :)


Dan pagi ini dikira hari wanita dah. so memana jumpa org pun semua asyik wish "happy women's day" ngeee~ daniel kasik kitorang kit kat! mekasyeh daniel! hihi.. 

yusen banyak tolong fatin masa di ai petri. jubie mmg terer la dalam semua segi. etot sangat kiut main ape2 pon. daniel macho habis main sema benda. pick har busy practicing all the way. i dengan yusen asyik bangun jatuh golek je. haha. 


Lepas dah try snow boarding, gamaknya yang ni je kot fatin rasa boleh bertahan nak main sket. tapi kat tempat yg tak curam la. kalau yg curam, mati sakit jantung kot? haha. 


petang tu jugak kitorang balik. dalam 4 pm camtu. banyak sebenarnya gamba. ada video lagi. sangat indah la memori ke sini. jatuh bangun. tergolek terkangkang. terlebam terhantuk. bengong kepala bagai. lapar la, penat la. sejok gedik pon ade. memang menarik. kalau fatin up semua gamba, jenuh korang nak skroll habis. haha..

tapi kenangan main ski, jatuh dan lebam lutut. kenangan main snow board pinjam daniel punya, pun menarik. terasa jugaklah boleh nak main sket kan. haha. takda lah jatuh je. 



kenangan main kereta lungsur ke ape ntah org panggil.. (gamba atas) yang tu memang best. haha.. dengan tinggi nak mati, laju, sejok, adrenaline rush lagi. boleh kena MI..lol. utk org2 yg panic cam fatin la. haha.. siap fatin dan etot langgar budak russian. kesian dia. pastu jatuh terlambung fatin terhantuk kepala. ada yg sampai masok semak samun. lol. dalam banyak2, rasanya main yang ni kot paling kelakar skali! haha..

petang tu kitorang balik 4pm, van yg di booked dah sedia tunggu. pakcik tu bongek giler, sumbat kitorang mcm sardin dlm van, pastu letak minah2 dan mamat2 russian mabuk dok depan, selesa2. emosi betul aku. ikot ati nak aje aku muntah atas kepala diorg ni. dah la busok arak. mabuk cakap ntah apa2 gelak cam pontianak. huhu. ok ice ice ice~ lol

cam biasa amek masa 45min nk turun bukit. pemandu2 van naik turun Ai Petri ni rasanya dah cukup masak dgn jln2 dan selok belok bukit nye kan. dahla tinggi. xtaula nak banding dgn Genting Highlands sbb tak penah naik Genting (sedih x dgr? lol). jalan dah la licin dengan ais penuh, xda pagar2 tepi2 jalan kaki bukit pulak. kalau tergelincir ke ape, jatuh mati free2 je kitorang sema (nauzubillah) huhu.

sempat pose di kaki bukit lepas turun dari Ai Petri
bila semua dah sampai bawah, pakcik bongek ni buat hal lagi. katanya janji nak bawak g mekdi, last2 dia humban kami tepi jalan cenggitu je. sebbek la boleh gak nak bawak diri dan kecek2 russian kan. so, jalan lah kitorang meredah jalan raya..sampai terjumpa persisiran pantai yg berombak ganas (hebat tak BM ai? lol) 


jalan2 lagi kat Yalta sampailah ketemu mekdi. belasah makan mekdi. walaupun hakikatnya saya tak suka makan mekdi sgt sbb yg boleh makan hanyalah Fillet-O-Fish je pon. dengan Fish roll lah yg baru punya menu. huhu. tetiba di mekdi Yalta ada vegetarian menu. perghhh sedap siyot! bebudak pick har ni semua pun tapau bawak balik vege menu tuh haha.


habis makan, kitorang pun melilau lah cari bas nak balik Simferopol. Stranded gak kat Central Bus Station tu. tunggu bas. kitorang sampai Simferopol dalam 10-11pm camtu. hehe..

inilah antara kenangan manis fatin bermain2 dengan ais hehe. klu yg ada fren dgn fatin di FB boleh lah skodeng2 album ai petri. belambak ada situ. video pon ada banyak, sila klik di video viewing fatin ok.  panjang lebar dah ni. nanti kita sambung dengan cerita yg lain plak. adios!

1 feedbacks:

uncle^dean said...

boleh tahan gak debab masa p aipetri kan...hahahah pastu sapa ajar ko p dok atas meja pool/snooker :-w

jahanam ler carpet dia..iskkkk betulllah :-w