BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 19, 2009

.:: Cubalah Mendengar ::.

Hari ni hari ahad, sepanjang hari fatin duk atas katil jer layan tv3 online. hehe.. dah lama x layan citer @ muvie. harini fatin start layan satu episode cerita kat tv3 tajuknya "Matahari".. nice story.. ada konflik.. ada jenaka.. ada sedih.. ada gembira.. hmm.. tertarik dengan jalan ceritanya ekceli. seorg gadis yg bertubi2 ditimpa dugaan. tapi ape2 pun fatin tertarik dgn lagu temanya. nyanyian faizal tahir, Cuba..

Dah lama sebenarnya fatin rahsiakan tentang lagu nih.. lagu yg menceritakan hampir keseluruhan apa yg fatin inginkan selama ini.. yg fatin idamkan.. hmm.. lagu yg setiap barisnya sungguh menusuk jiwa.. Jika bertemu dgn si dia yg bakal bertakhta di hati, inilah yg ingin diucapkan.. agar dirinya lebih memahami.. menerusi lirik lagu ini.. semuanya di situ.. tiada yg tertinggal..

Pendiam ke fatin nih? Yes..

Bising @ Kecoh ke fatin nih? Yesss..

how come I can be both at the same time?

hmm.. Ini yg tidak semua paham..

Fatin sgt suke bercerita.. sangat suke.. berkongsi pengalaman, cerita, kegembiraan, kesedihan, bertanyakan pendapat, etc. tapi..Fatin memilih org untuk bersuara.. untuk bercerita.. sangat memilih.. bukan dgn semua fatin akan suka2 bukak mulut utk bersuara berkongsi apa2 sahaja.

Sebab tu bila bertanya pada yg betul2 rapat, yg betul2 terpilih, mmg jawapan mereka "fatin sangat bising & suka bercerita".. tapi bila bertanya pada yg lain, some might tell, fatin sombonk, fatin pendiam, tak bergaul.. sudah biasa.. katakanlah apa sahaja.. kerana mereka tidak mengenali diri ini..

2 tahun lps, masa fatin masuk wad 2mggu sebab sakit, masa tu baru 3hari sampai msia. bosan.. awal2 balik msia, trlalu banyak cerita yg nak dikongsikan. tapi tau kat sapa jer fatin citer? hanya pada abah.. adik2 datang melawat, fatin layan cam biasa. lepak2 dgn adik2, fatin lagi suka mendengar cerita mereka. kerana fatin tahu, diorg juga nak fatin mendengar.. mama pun sama.. fatin akan dgr cerita2 mama.. bila mama tanya, baru fatin cerita.. tu pun, ikut mood.. sbb mama pun kaki cerita cam fatin gak. kadang2 berebut sapa nak cerita dulu.. hahahaha~ tapi hanya pada abah akan fatin cerita..cerita..dan cerita..

Abah yg datang stiap kali lawat fatin di wad, start la mulut fatin bukak bercerita tanpa henti. abah xde, fatin diam jer.. termenung.. layan mp3.. layan tibi.. layan novel.. sampai jiran katil sebelah pom dah masak dgn prangai fatin.

"fatin tu kalau abah dia datang, baru lah nak bersuara. kalau tak, diam dan senyum jer yg dia tahu" hehe..

kalau gi jalan jauh2, drive ke kampung @ KL ke atau mana2, malam2, fatin jer yg xkan tido.. duduk la dengan abah, layan cerita.. supaya abah x mengantok. citer jer lah ape2 pun.. xpun abah yg akan bertanya..

Fatin tahu abah kadang2 bizi, ada keja dia, nak tgk tibi, rest, layan baca paper sume. tapi sambil2 baca paper pun, dia dgr jer fatin cerita. sepanjang hampir 23tahun hidup, abah la satu2nya manusia yg x pernah potong fatin bercerita.. (fatin sgt sensitip org yg suke potong cerita fatin, pastu bila dah balik x suh sambung cerita.. really hurts me dem much!!) yg x pernah cakap "dah la tu, penat dah dgr cerita".. andai perbualan dipotong, abah tetap akan tanya fatin balik "haa..sambung cerita tadi.. lepas tu?"

kadang2 fatin tahu, abah terpaksa layan dgr fatin cerita. tapi x kisahlah.. sambil2 dia wat keje, dia angguk2 je macam dia paham & mendengar citer fatin.. tapi siyes, fatin x kisah..asalkan dia setia mendengar.. hanya dengar.. itu jer yg fatin pinta..


Tiada apa yg fatin inginkan.. hanya seseorg @ mereka2 yg sudi mendengar.. dengarlah diri ini apabila dirimu telah terpilih untuk menjadi pendengar.. bukan harta benda, hadiah, kemewahan, atau kesempurnaan dirimu yg aku ingin.. hanya mendengar.. dengarlah..

kerana apabila diri ini sudah tawar hati.. sudah terasa diabaikan.. sudah tidak lagi sudi bercerita atau berbicara.. aku akan mula diam.. mendiamkan diri.. dan bila tiba saat itu, jangan disalahkan diri ini.. kerana telah ku berikanmu peluang untuk menjadi yg terpilih.. tetapi tidak kau hargainya..

kerana bila tiba untuk dirimu berbicara dan bersuara, akan ku setia mendengar dengan penuh minat.. bila kau pergi menunaikan kewajipanmu, aku akan terus setia menanti kepulanganmu.. agar apabila kau kembali padaku nnt, kau akan kembali mendengarku.. dan aku juga akan mendengarmu..

tetapi malangnya..seringkali kau hanya pulang padaku apabila kau sudah bosan dengan yg lain.. apabila sudah tiada apa2 lagi di kelilingmu untuk membahagiakanmu, yg dapat menarik minatmu, barulah kau akan teringat akan diri ini.. namun.. masih, diri ini akan sentiasa menantimu, dan menyambut kepulanganmu dengan senyuman..

aku tidak tahu erti meminta.. aku tidak biasa meminta.. aku juga tidak biasa menerima... kerana tiada yg sudi memberi.. tapi untuk satu kali ini, ingin aku meminta darimu.. cubalah mendengar..


Cuba kau dengar..
Cuba kau cuba.. diam
Bila ku cuba tuk berbicara
Dengan kamu..
Pernahkah kau ada..?
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati..

Dan.. bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa..

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku..
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu..?
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri..

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa..

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu..
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku..

2 feedbacks:

kasihkuamiera said...

baby pong..dulu time kecik2 sangat takut ngn abah..sebab abah ni cam bom jangka..diam jer..serius memanjang
tapi biler dah besar..baby rapat dengan abah
selesa berborak dengan abah..
hal boyfriend pong citer kt abah

Fatin said...

hehe..betol2 baby, akan ada masa bila kita akan rapat dgn mak je xpom abah jer. elok lah baby dah buleh ckp pasal boipren dgn abah, sekurang2nya nnt buleh dapat nasihat, petunjuk2 dari dia yg lebih arif kan.. :)