BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 22, 2011

..Krok. Stress. Exam. Pot-Luck..

krok time-table
23 January 2011 - Sunday - 1.40am
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera :)

Uish.. lewatnya Fatin update blog? haha.. busan! Actually windu bangat dgn blog kesayangan :( hoho.. banyak nye lah dugaan these few days. mcm nak lompat terjun tingkap je!


Elok je fatin update blog tempoh hari, mmg plan mahu start up kan citer ke Egypt. Tiba2 lah pulak.. dapat berita esoknya ada Krok-Trial di Lecture Hall. apekah? pastu homework pulak 2 topik krok lagi? apa ke jadahnya?! ahh fatin mmg emo gile!

Kepada yg tatau ape kah menatangnya "Krok" nih.. emm.. krok nih sebenarnya ujian menulis. ujian objektif, soklan kena bulat2, kaler2 guna pensel 2B tuh. HB tak pakai okeh. 2B saja! haha.Faber Castell (betul ke eja nih?) terlalu tinggi tahapnya utk level Ukren. ops. laser pulak :))

So, kiranya, start khamis malam tu, fatin dah bergelumang dgn soklan2 objektif yang beribu. ah x pedulik, ratus ke ribu ke, yg pasti kepala otak ni dah nak cair. Krok trial dah sah-sah dah 200soklan, krok hygiene mengom tu walaupun dalam 200 soklan jugak, mcm 2000 kot. dahla aku x paham bahasa inggeris nya yang sungguh moden tu! terjerit2 dah fatin ke-emo-an di bilik!

Fatin sgt busy dgn krok sampai lah hari khamis mggu seterusnya. Isnin ada lagi objektif krok di bilik komputer. main klik2 pulak la kan 200 soklan tu. bebai giler fatin mggu lepas. siyesly!! 

makanan kesihatan di kala tensi.
Yah! inilah buktinya! amek ko. belasah melantak coklat x hengat donia. pastu dah mkn cam badak, bising la gemok sini sana kan. biarlah! klu xde coklat nih, mmg dah lama semua kertas2 hygiene dan buku krok tu kena bakar. siyesly i cant take it! too much okeh!

tak paham betul dengan subjek hygiene dan social med nih. perlukah belajar nak kira brapa sentimeter kerusi meja. angin sini sana mana kuat mana pelan. tang mana nak taruk kilang, mana nak taruk tadika? kalau dah semua benda doktor nak kena buat, baik x payah wujud dah pekerjaan arkitek/jurutera/what so ever lagi! jom semua org jadi doktor. blaja semua skali! *ni emo punya version okeh*
tapi mmg stress betul la aku study subjek bongek ni. seb bek dia x selit cemana nak lipat baju, basuh baju, potong bawang. kalau ade. sumpah aku tuka profesion! wakakaka.. *sudah fatin, tampa kang. emo lebey2 plak*

Khamis tu fatin exam hygiene, krok lagi. hari2 la makan tido toilet semua krok! kerana krok2 yg belambak nih, 2x fatin ponteng aerobik :( pastu makan x berhenti. coklat sini sana. golek2 tido dgn krok. Natasha kuciwa sudah.. sobs.. ahh! mencik krok!

Habis je exam hygiene, dah macam zombie pulak. x boleh nak tido plak. letih sgt. chat sama mama, mama sakap mata sudah lebam macam panda :( x boleh tahan bila dia tanya, fatin mekap kah malam2 buta tarok eye shadow keliling mata? huwaaa.. *urut2 dada* pasni kuar pakai sun glasses la :(

Fatin xde banyak pic mahu share sbb moody je keje. log in fesbuk pun, main cw saja. ahh dah addicted pulak dgn cw nih! dem! 

skrg ni, sudah mula subjek children infectious disease. what a relief.. finally ada gak subjek yg di dalam bidang yg diceburi. terus rasa excited nak blaja kan. haha.. gilak! hrni, belasah buat pot luck sama girlfrens :D tapi sblm tu nak share pic pot-luck dgn girlfrens lepas balik dari trip:


soto-koboi haha
inilah mee soto yang paling simple yg fatin buat! sorry pada mereka yg makan, mee soto x lengkap. sbb ni je bahan yg ada masa balik2 dari trip tu kan. haha. thank you to Thamarai, Bhavani, Ana and Logeswary sebab makan2 dan habiskan mee soto yg x sempurna ini :D

today's pot-luck:

tepong talam yg tak berapa nak jadi, haha!
 Fatin dah lama nak buat kuih tepong talam nih. aihh, malu plak nak ngaku ni tepong talam. tak jadi okeh! keras plak tu. pastu suka suki taruk kaler ijo sini sana! haha. tangan fatin mmg suwey la kalo masak dessert, xpenah nya nak mengeras. semak betol!

base..
inilah rupanya mula2 lepas dikukus sebelum santan yg x menjadi tu dituang kan. hoho.. sapa yg tgk kuih tepong talam camni, mesti menangis tgk. tapi, nak wat cemana, saya suka warna warni :D plus, hijau adalah warna kegemaran saya okeh :))

mee goreng thamarai & bhavani

kepok bhavani

sushi etot
etot buat sushi weh! giler gegar bumi tadik! pergh..sedap siyot! tak tipu! fatin never tipu bab makanan okeh. tapi gamba kena pusing sket kepala sbb mmg masa amek gamba pun dah tertongeng2 dah. haha. sushi etot dgn mee goreng diorg mmg best gile. terbaik! seploh bintang! fatin? booo..sungguh x sedap. fail! :( sobs..

Thank you Etot, Thamarai, Bhavani, Loges, Ana.. for the wonderful night :) I'm happy! :D

jom tido. fatin dah melalut over2 dah ni. nunite! :D

3 feedbacks:

saya_arief said...

manyak nye makanan...
:D

jeBateja said...

Banyak nya makanan hang....tak le tensen sgt erk....kalau tak sure ada gambo tingkap...ahakz

Fatin said...

heheh..banyak gak la makanan :P
stok utk 2 hari :P hahaha..
nnt lah, dekat final nnt, fatin kompom up gamba tingkap :))