BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 16, 2009

.:: Last Day Of 4th Year ::.

Yuhuuu~ hik3.. sowie, fatin menghilang beberapa hari kerana bizi sikit dengan hal2 hostel dan nak balik ke malaysia.. Fatin sebenarnya nak up satu post pasal BBQ haritu, tapi tunggu gamba dari camera tiha x dapat2, tu yang postpone jep. memandangkan harini fatin nak up post pasal last day of skool, fatin satukan jer lah posting yerp..
6 June haritu, kami sekelas mengadakan aktiviti BBQ.. anual BBQ la buley dikatakan. setiap tahun pun wajib buat. Fatin cam biasa, buat perap2 ayam. Last year, fatin buat salad & perap ayam. tahun nih, fatin handle perap ayam 1.5kg jer. Kami beli lebih 3kg ayam. Fatin buat ala-ala Shashleek. Tiha buat kicap & blackpepper. John buat ala-ala satay. Sharmini buat coleslow. Bhavani & Pravina buat pizza. Etot buat bake potatoes.


Me n Tiha wif ayams, seperti gaya makcit shashleek.
Semua ayam memang maveles. hik2.. fatin dan tiha ada extra pulak, gi bakar sosej pulak kot atas. pastu bising la rentung la ape. Masa mula2 tuang arang, bajet macam x cukup arang, gi la beli lagi 2 paket. pastu besi nak bakar pulak xde, nasib baik pinjam kak sol punya besi shashleek (tu besi yg cocok2 tuh). terasa cam makcit shashleek pulak hari tuh..hiks..
Pravina datang bawak pizza lepas semua ayam dah siap bakar. rupa-rupanya, satu paket arang pon dah cukup. ada baki lagi 3 paket. alamatnya, carry fwd utk tahun depan punya BBQ lah pulak. hehehe..
Ayams tiha & john. Fatin punya ayams final round baru bakar. sob2..
Lepas dah makan ala-ala macam nak pecah perut tuh, Pravina pun bawak la "Picturenary". Satu game yang mana, kita perlu melukis di kertas dalam masa yang ditetapkan dan rakan-rakan perlu lah meneka. tapi version kami, bukan melukis.. kami terpaksa b e r l a k o n! Hahaha.. sebenarnya, adala video lakonan-lakonan semua ahli yang ambil bahagian. Fatin tgk video-video nih, nak tercabut usus pulak gelak sorang2 kan. Masa fatin disuruh lakonkan perkataan "Birdbath" ntah ape2 jer fatin terkipas-kipas tangan cam nak terbang.. siap "dushhhhhhh" konon nak kasik paham la perkataan "bath" tuh kan. lolx. John pun xleh tahan gak lakonan dia.. nak lakonkan "Catfish", siap buat bunyik "blup blup blup" adoiiii~ kalau boleh gulen2 gelak, lama dah kami tergulen gelak dengan gelagat sorang2. Sharmini mmg the worst actor! hahaha..
Dalam banyak-banyak, pada pandangan fatin la, Fatin dan Tiha banyak gelak! John & Sharmini mmg buleh berganding berlakon dengan gaya yang buleh buat gelak sampai terguling. Bhavani & Etot memang ahli yang aktif meneka, kebanyakkannya diorang yang teka betul. x putus mulut diorang kuar perkataan. fatin dan tiha hanya gelak jer sebab x bley tahan! adoi..
Banyak round gak la kami main game tuh. Insyaallah nnt fatin up kan lagi gamba kasik korang sket gambaran, okey? Lepas dah main penat2 letey2 tuh, fatin sampai semput kat situ, tiba2 Pravina cakap nak bawak the second pizza. ya tuhan, ada 2 pizza ke?! ingatkan suh buat satu tray jer! fatin org first cakap "Aku nak saboi jer (take away dlm russian). perut dah nak meletup!" yang lain2 pun rupa2nya dah full..hehehe..
Tanpa disangka2.. rupa2nya tray yg dimaksudkan tu adalah kek besday fatin.. *blushing* hik2.. rupanya besday ku dicelebrate kan sekali dengan BBQ tuh.. tenkiu guys.. mmg x suspek langsung! hahaha.. tahun nih fatin 2x kena kejutan la.. x adil betol.. selalunya fatin dah buley agak :P
Fatin wif the yummy choc cake!
Tenkiu to all my beloved classmates *hugs2x* Sangatlah sayang korang semua.. kek tuh mmg maveles! sedap giler! tenkiu2.. huii.. x terucap oleh kata2, betapa gumbiranya beta di hari itu.. ekekeke..
so, itulah serba sedikit cerita pasal BBQ bagi tahun 2009.. sepatutnya mmg nak buat masa bulan May, tapi memandangkan ada exam Forensik kan, so terpaksalah postpone. Lupa pulak nak cakap, tempat BBQ tuh ekceli belakang hostel 5 jer.. adalah dalam 2-3minit jalan kaki dari hostel 1 (hostelku). mmg ada kawasan lapang kat situ, angin buleh tahan gak la tiup. xde la bunyi desiran2 ombak ke, air ke ape.. x kisahlah, asalkan enjoy! plus the food were great! and we really had a great and memoriable time!
Sambungan...
Harini bertarikh 16June 2009, merupakan hari terakhir kami bergelar pelajar2 tahun 4 *sengih lebar* heeee.. dah habis dah 4th year! yabedabeduuuuu~ next sem: 5th year dah! huhuhu..
sungguh cepat masa berlalu ekceli.. x sangka, usia pun dah masok 23tahun.. dah nak masok 5th year.. haihhh.. cepat sungguh! x sangka dah lebih 5tahun bermastautin di bumi ukren nih :)
Harini, hari last sekolah. Cycle terakhir fatin adalah cycle Tuberculosis. Cikgu fatin memang sangat baik dan pandai mengajar. fatin sangat suke dia. bersungguh dia ajar pasal tuberculosis, sampai buatkan fatin naik takot laks! hehehe.. walaupun terlalu tinggi chances to get infected, tapi didoakan agar dijauhkan dari diri fatin dan rakan-rakan yang lain. chances mmg tinggi, bukan saja dengan TBC, tapi untuk semua jenis penyakit. nak buat camana, itulah tugas.. andai kata suratan takdir begitu, maka perlulah redha saja kan.
Tiha. Cikgu Hensem. Fatin.
Topik terakhir harini merupakan complications of TBC: Pneumothorax & Hemoptysis. terasa macam bukan last class pulak tadi kan. Cikgu nih sebenarnya bukan cikgu sebenar kelas fatin. cikgu sebenar kami terpaksa hadiri peperiksaan besar utk pelajar2 tahun terakhir, so cikgu nih take over lah. tapi, kelas kami terpaksa berpecah dua. Fatin, Tiha, Sharm, Bhavani & Pravina under cikgu nih. yang lain, gi cikgu lain. walaupun camtu, sikit pun kami x rasa membebankan stadi (jangan sapa2 gatai nak pi repot lak.. aku dapat tau, siap! ada yang x tenang hidup kat dunia nih nanti kot.. xyah nak sibuk2 hal orang, jaga tepi kain sendirik sudah!). Cikgu nih english dia power gaks, mengajar dengan bersungguh sampai paham! fatin jadi suka laks blaja TBC nih :D
Lupa pulak nak cerita apa jadi kat Pravina. sepanjang minggu nih, dia xde kat kelas, masok wad.. sian pravina.. kena Lumbar Prolapse, Radiculopathy S1 sob2.. sian dia.. this was her 3rd attack! last time, dia kena sebab angkat baldi berat. Gi check kat msia masa balik summer, doc pun dx yang sama jugak, cuma ada suspected Osteochondrosis juga. Pravina buat physiotherapy jer. She felt better, sampailah last year, jatuh terlentang pulak masa snowy day, kena 2nd attack. tapi x severe sangat. this time, dia kena lepas duk buat aerobik teruk2. ishk.. kami xtau pun dia ada sakit gitu, kalau tau, sumpah x bagi dia main sports teruk2. sob2..
Kitorang gi lawat dia kat wad semua.. sangat kesian tgk dia. langsung xleh nak gerak. rupa paralyse pun ada. hishh.. patutnya, 16june nih dia fly balik, tapi doktor x kasik lepas. postpone flight on 23rd. balik ni terus dia gi spital, continue treatment. hmm.. tadi sempat skodeng X-ray & CT Scan dia, mmg obviously terus dia punya lumbar vertebrae.. displace terus juga intervertebral disk dia. hish2.. pravina nih.. apa pun, kami tetap doakan dia cepat sembuh dan sihat..
so, itulah kisahnya fatin di tahun keempat sebagai pelajar perubatan Crimea Medical University. Fuhhhh~ 2 more years to go! All da best to all! before that, H a p p y H o l i d a y s! hehehe.. esok last day.. khamis pagi2 nak cabot dah! huuuu~ beshnyeee.. jalan2 London! weeeeeeee!~

Monday, June 8, 2009

Barcelona (Part Two)

yuhuuu~ its second day in Barcelona bebeh~ yeahh.. Okey, actually fatin yg jadi lambat nak up sket citer2 nih sebab nak susun cerita & gamba.. gamba2 yg fatin post nih mmg mengikut urutan kejadian sebenar.. kali ni punya posting, agak banyak sket gamba.. tapi rasanya postin part 3 lagi banyak kot.. huhuh..
hari kedua, bertarikh 19 Januari 2009, pagi2 lagi fatin dah bgn.. siap2 diri, bekpes. bekpes, korang dah tgk kan cemane? posting 1st fatin dah up kan gamba roti2 tuh. gitu lah bekpes kami stiap hari sepanjang di barcelona. mmg nampak banyak, fatin akui, fatin balun dekat 4 keping roti stiap pagi.. lolx. bukan ape, itulah satu2nya makanan yg dijamah pada jam 8am sampailah ke 8pm berikutnya.. so kenalah makan kenyang2 kan.. muffin & juice kotak tu kami bawak sebagai bekal lah, tapi usually fatin x sentuh pom muffin tu.. sebab terguder dengan permandangan yg indah, x ingat dah kat pewot semua. kui3..
so, pagi2 lagi kami dah bertolak,disebabkan fatin mmg tiap2 pagi bangun paling awal, so sambil tggu sorang2 gi mandi, siap2 semua, fatin dok la skodeng map tuh. naik berair mata mengadap map. yelah, nak cari nama2 tempat dengan tulisan yg kecik2 tuh, sbb sblm bertolak kan fatin dah set dah semua tempat2 mane nak pegi. around 10am camtu kami bertolak dari stesen metro Urgell menghala ke Espanya.

Pintu gerbang di pintu masok ke Placa Espanya.
Stesen metro Espanya tu betul2 di antara tiang gerbang tu dengan bangunan yg ada tertera passport spain tuh. kat situ lah kami tiba. pastu dah tercangak2. apa lagi, nak cover, kami pun sibuk lah amek2 gamba.. banyak giler gamba2 yg amek kat area tuh, tapi kang up semua, jadi album lak blog nih.. kui3.. dah puas snap2 gamba, kami pun slowly lah masok ke dalam tiang2 gerbang tuh (ke pintu gerbang? mane2 je lah). dah masok jalan2.. terserempak la dengan information center. kalau ada tanda huruf "i" tuh maksudnya utk tourist informations la.

Pening2 ngadap map kecik (di tgn) dan map besar (di papan tu ha) tapi sempat snap gamba lagi
Kat information center nih kami dapat tau, ade perkhidmatan tourist bus. pusing habis satu barcelona. harga buley tahan gak la. tapi in order to get full recovery of all da places, blasah jer lah. tapi dah alang2 sampai situ kan, kami pun sambung je lah redah. kiranya esok masa naik tourist bus tu xyah dah la turun kat area Espanya nih.
Masa nak masok kat area nih, adalah sibuk2 diorg duk kemas2, segala tiang la, wire la, ape la.. mcm2.. rupanya 22hb januari ada bread & butter exhibition. aaa.. ape tu? lebih kurang cam fesyen show gak lah.. cam rugi jer kan xleh nak folo.. tapi xpelah.xde rezki namanya.
posing depan preparation of bread & butter 2009
Lepas dah bizi2 tanye pasal tourist bus esoknya tu, kami pun proceed lah perjalanan ke arah Museu Nacional D'art de Catalunya (Mnac).
Mnac.

Sekali tengok, macam putrajaya pun ade. tapi bukan yer kawan2.. tu adalah Mnac. hehe.. ekceli depan Mnac tuh, ade fountain (air pancut), namanya Font Montjuic. kalau malam2, mmg hebatlah "persembahan" fountain nih, dengan kaler2 nye lagik.. music nye lagi.. tapi sebab diorg dah stop kan utk preparation for bread & butter exhibition, malam 22hb baru buleh tgk :( sob2..
Me & John yg rajin naik tangga.

Nampak cam rendah je bangunan museum tu kan, tapi tinggi.. ada la tangga buley naik, tapi saje je gatai nak try naik escelator die.. hiks.. kemain lagi kan, siap ade escelator lagik. fuh2..


Six of us in Barcelona.


Bila dah naik atas.. well, not to the top yet.. baru mcm kat balcony museum tu kot, kebetulan kami terjumpa 2 awek cina. Malaysian diorang tuh. diorang pun datang cuti2 eurotrip, study medic kat Russia. kebetulan salah sorang awek cina tuh, adik pempuan dia stadi kat university ktorang. so borak2 lah. pic atas nih diorg la amekkan.

Aweks.
Permandangan kat atas memang lawa. tengok dari atas, nampak half of the city. pastu kat situ, museum dia mmg closed. rasanya open pun kena bayar. well, kami x berminat masok2 museum nih, yg kat exterior nih pun x tersempat nak tawaf habis. buang masa jer layan interior punya museum2. slalunya mahal la tiket masok. so, keliling tu mmg sangat lawa. cantik! penuh dengan pokok2.. hijau jer semua.. pastu adalah beberapa bangunan, binaan yg unik, antik. so nice. mcm istana pun ada. entahlah, maybe spain punya design camni kot.. fatin mmg teruja dengan permandangan dan keindahan tempat2 dia.

Near Museu D'arqueologia de Catalunya.
Bila naik2 atas lagi, redah setiap pelusuk, kebanyakan kawasan nih penuh dengan monumen, museum2. bunyi cam busan, tapi permandangan dia mmg cantik. beratus gak la gamba amek kat sini, fatin up seketoi dua jer lah yep. masa nih, nampak dah jalan raya, ada la tempat utk cycling.. bas tourist yg bakal dinaiki esok tu akan lalu kan jalan2 nih lah.

e.x.h.a.u.s.t.e.d

Bila dah puas2 pusing2, sampai lah masanya kaki nih minta utk berehat sebentar. tempat yg kami duduk nih buleh dikatakan cam "mini bus-stop" utk tourist bus. saje la dok situ, konon2 tggu bas. wakakaka.. ekceli semua dah letih, kaki dah melecet. lepas dlm 15min duduk berehat, kami pun turun la balik ke metro stesen, balik ke hostel. malam karang laks gerak. hehe..
Malam pun tiba.. jeng3x.. malam nih kami ada satu program yg kami nak participate. It's called the Spanish Flaminco. Bleh tahan gak la price dia, including dinner & the show. masa balik dari petang jalan2 tuh, fatin dah start kena sinus. so, gi lah telan zyrtec. damn, fatin sangatlah mengantok! dlm zyrtec ada sedative. huhuh.. show tu start dlm kul 8pm, 7pm tu kami saja jalan2 ke La Ramblas. fatin dah x tahan lapar, saje nak give a try Pitta, Halal yep. dia cam shaurma @ kebab. mmg senior2 yg dah penah datang barcelona, diorg pun ckp makan kedai2 Pita jer. dlm tenet pun fatin search for halal foods around barcelona, this is one of the choices.

Pita.

Masa jalan2 haritu, kami x perasan satu pasar yg terletak dalam La Ramblas. masa jalan2 that nite, terpandang ada Pasar. so masok la dalam. dalam tu ada jual segala jenis buah, sayur, etc. mmg best! semuanya fresh2.. dah xde lah mahal sangat pom. kami pun sonok la rambang mata layan sayur2 kan. ye lah, kat ukren nih, sayur ape la yg ade sangat. kat situ, sawi pun ade. ulam2 pucuk paku pun ade. waaaaaaa~ kalau la stadi kat spain nih, x balik msia setahun dua pun x heran. kui3 (konon jer lah).

Us at the Market Of La Ramblas.
It's almost 745pm. kami pun gerak ke Travellers'. kat situ tempat kumpul sebelum tgk show tuh. masa tu fatin dah start mamai & mengantok. selamber badak jer fatin lelap kat meja dlm TB tuh kan. x caye? tgkla gamba nih.. mmg fatin lena x sedar. zyrtec mmg betol2 buat fatin ngantoks. plus sinus fatin bleh tahan gak, cam nak hantok kepala kat dinding gak la.

Me sleeping at the Travellers'.
Tepat 8pm, kami pun dibawa oleh sorang awek spain nih ke tempat show tuh. well, ktorang ingatkan tempat show lah, rupanya another restoran-bar type utk dinner. huii.. fatin mmg ngantok weih. agak bebal gak la dat nite sbb fatin pk nak baring jer. tapi diorg ni cuba distract la, kasik jokes.. borak2.. makanan yg berlambak2 datang pun x berjaya buat fatin hilang ngantok! hahahaha.. dat kind of sleepy.. kronik kan?

Me wif awek spanish.

Makanan pun tiba. huiii.. giler banyak la makanan. cam nak makan 20org! ini namanya "Tappa's". Makanan sejak zaman diraja diorg. kisahnya begini: masa zaman raja ape ntah (fatin dgr sambil mamai2 la), si raja nih nak makan roti. ada pembesar di istana kasik menu makan roti & inti roti di bahagian atas. roti tu dipotong cam bentuk spindle-shape sket. pastu atas dia adalah segala jenis inti, tuna ke, cheese ke, ape ke. That night, mmg berlambak la Tappas, plus ada sotong goreng, ubi goreng, olive, dan entah ape lagi. banyak2 tappas tu, hanya satu jenis je yg ada tuna. yg lain2 tu ade sosej ayam la, yg lagi satu tu ada olive & sayur ape ntah. yekk! fatin x suke! even yg tuna tu pun fatin makan sekerat jer. sbb fatin ngantok! kalau ngantok, kasik ape pun x jalan..fatin nak tido jer.. balun ubi & sotong jer. minum fresh orange, pastu dgr je lah diorg bebel2 gelak2 dlm kemamaian~

Me with the foods. huii..

Dah habis2 makan.. well, actually xhabis pun kami makan. ye lah, kita asian punya perut x besar cam european & arabian kot. gile la banyak. org2 yg ade kat situ duk soh habiskan la.. cam x elok la x habiskan kan.. tapi nak wat cemane, mmg xleh nak masok. plus fatin dah makan Pita tu tadi. dekat 10pm baru show tu mula. fatin ingat kat tempat tu jugak, rupanya kat tempat lain. adoiii.. fatin dah mmg cam nak teriak dah sebab ngantok giler.. sampai awek spain tu pun ckp, kesian kat budak nih, dia dah mengantok.
around 10pm barulah kami gerak ke destinasi. jauh gak la. dah ler sejuk giler.. seb baik pakai 2 sweater..

Flaminco Barcelona 2009.
Akhirnya, tiba juga ke klimax.. persembahan bakal bermula. walaupun fatin dah duduk ala2 nak baring atas kerusi tuh, dahla gelap.. diorg nih buat performance yg spanish tuh, selalunya ada penari pempuan, dengan skirt rompol2, nari2.. huii.. maveles. tapi nasib kami agak malang, hanya penari lelaki jer ade. mmg kuat giler la suara diorang yg menyanyi (or as i can say, menjerit?!), pastu penari tu mmg maveles. gerakan kaki dier..fuh2.. cam michael jackson pom ade.. kui2.. masa mula2 persembahan yg bingit dan kuat tu, fatin still mamai2 lagi. last2 fatin start amek video. mmg fatin ade video persembahan nih, tapi x leh nak upload sbb dia format mp4.. xpe nnt fatin cuba lagik yer. bila dah pertengahan persembahan baru lah fatin terbukak sket mata tuh.. huhuhuh.. diorg yg lain mmg dok gelak2.. fatin layankan aje.. alaaa.. dah ini gaya diorg tradisionally, respek jer lah kan.
Show tu kejap je.. dalam 15min.. hehehe.. agak frustrated la jugak. tapi x kisahlah, at least inilah satu2nya event yg xkan dilupakan sampai bila2. siyesly beb! sampai skrg ktorang duk gelak2 cakap pasal show & kejadian fatin ngantok & makanan yg belambak penuh meja tuh. huhuh..
dekat 11pm baru kami sampai bilik. john & pravina & sharm gi lepak minum2 tea kat hostel sebelah (if i'm not mistaken). fatin balik2, kemas2, bersih2 diri, selesai apa patut, terus diulit mimpi.. x ingat apa dah.. hostel runtuh pun aku x peduli dah weih! aku nak tdo! wakaka.. nite ppl!

Sunday, June 7, 2009

Barcelona (Part One)

Alohaa~ Fatin kembali menyambung diary Eurotrip 2009 *peace* Setelah beberapa lama menyepi sebab bz dgn kehidupan sebagai seorang pelajar, akhirnya kesempatan & mood posting pun tiba.. ngeh2..
Okey, sambung perjalanan kita yg tadinya terhenti di Katowich, Poland. Pada 18 Januari 2009, jam 4.30am waktu tempatan Poland, kami berlepas ke Barcelona, Spain menaiki pesawat W6131 (Wizz Air) dan tiba di Barcelona pada 7:10am pada hari yg sama.
Fuhyoo.. Barcelona bebeh~ yeahh.. akhirnya, sampai juga ke destinasi yg diidam-idamkan selama ini :D Barcelona adalah destinasi hanimun fatin sepatutnya.. tapi x kisahlah, kalau dah jejak pom, pasni hanimun ikut hasbend punya pilihan la.. coz pilihan fatin, fatin dah sampai.. kih3.. tapi kalau nak datang lagi pom ape salahnye :D

Upon arrival.

So, masa arrival, masa tu pagi lagi.. 7:10am kan.. so, base on my research about Barcelona Airport, Trains,etc, around 9am baru semua pun start beroperasi.. So, kitorang lepak kejap kat arrival hall, discuss pasal nak beli card T-10 atau Barcelona Card. Erm, x perlu lah kot fatin terangkan pasal kad2 tu kan.. x penting pon.. so, kami pun decided nak angkat T-10 card jer.. sorang satu.. sementara 9am tuh, kami pun jalan2 la kat epot barcelona tuh.. gi bekpes.. gi withdraw duit.. skodeng2 apa yg patut, kui3..


Barcelona Airport - FanClub Barcelona.


Almost 9am, kaunter pertanyaan for tourism pun bukak. Masa tu la nak serbu kan, tanye pasal map, pasal card T-10, pasal hostel location. kitorang bajet sorang satu nak dapat map, kedekut giler, kasik sekeping jep. cehh.. around 930am, kami ke terminal train, beli tiket, gerak ke town center. perjalanan amek masa dlm 40minit jgk.. jauh tuh..

In the train. Kelam kabut skodeng map.

Masa kitorang sampai kat stesen Renfe tuh, mmg terbangak2 jugak, sbb x tahu which pathway nak amek masa nak naik ke surface.. ye lah, underground dia cam ada cabang2. so, main redah jer lah.. bila dah sampai kat atas, mmg sonok, happy, penat dan lapar pun ade. Fatin ingat lagi, sambil2 jalan cari directions tanya2 org tuh, fatin sempat capai 1 bijik telur rebus, kupas kulit & makan sambil2 berjalan.. huhuh.. lama giler ktorang berjalan, masa tu ada 1 map jer, so cam agak susah gak. etot yg took the lead. so kitorang ikut jer. fatin sibuk snap gamba, tgk bangunan2 die yg unik, sambil makan telur rebus lolx.

First view that captured my eyes.

akhirnya bila dah berjalan lebey setengah jam, barulahkami sedar yg kami dah sesat & salah jalan. then fatin took the lead, amek map, ikut lah nama jalan. fuh.. berpinar mata tgk map! dahla halus giler tulisannye. kebetulan, kami semua pakai baju tebal2 (sebab nak reduce the weight of the bag), so mmg berpeluh la. cuaca kat barcelona x sesejuk kat poland. poland mmg freezing, barcelona, just nice. so mmg sweating!

lepas dekat setengah jam lagi berjalan, barulah kami jumpa Backpackers BCN Hostel.

Them, I took the pic.

Bila sampai hostel, masa tu dekat 11am. mmg relief la bila dah sampai kan. Org hostel tu pun mmg menanti kehadiran kami. check-in 12pm sepatutnya, so 1jam tu kami tggu je lah kat lobi. hostel dia x lah luas ke ape, simple but comfortable. actually buleh jer check in dah, tapi kebetulan, ada user yg stayed at that room x check-out lagi. dan dukacitanya, walaupun kami booked 6 persons in 1 room, kami terpisah jadi 4 dan 2.. sebab 2org dlm bilik 6 person tuh x jadi check-out sebab masalah kesihatan la apela. kitorang agak bengang la jugak. xkan nak dok dgn org asing kang beg2 semua bahaya kan. pastu yg 2 org tuh pulak sape nak korban?! ktorang pun semua naik la atas usha2 surroundings, alaa.. 2 org tuh laki & pempuan.. mengada2.. nak berasmara dana laks.. mengada je pempuan tu konon sakit.. dah gi minum sampai mabok, mane x sakit2, muntah2. pastu nak kissing2 lak depan ktorang pelok2 semua kan.. sepak kang! ktorang berjaya gak kuarkan 2 org tuh ke bilik lain. so we managed to stay together in 1 room.
At the lobby.

We'll be staying here for almost a week, sebab tu la fatin buat tajuknya Part one.. nnt adela part2 lain.. entahlah sampai brapa part, depends pada cerita nye, okey. lepas dah letak2 barang, kemas2, half of us went to refreshing up, fatin etot dan john gi setel duit hostel.. pravina layan tenet. fatin actually mmg letih & lapar. so we made something for ourselves. buat megi la, coffee la, tea la.. mcm2.. the ladies there (hostel ppl) mmg sgt frenly.. diorg x kisah pun nak guna brg2 coffee, tea. etc yg bekpes punya, walaupun kami x qualified for the breakfast on the arrival day.
supposed petang tu mmg nak jalan2 keluar, tapi semua mmg terlalu letih, beg berat, jalan lebih 1 jam, lapar lagi. so we decided to just stay at room until that evening.
The kitchen.

By the way, its so suprising that "hostel" here in europe (selain ukren & russia) sangatlah berbeza. hostel dia bukan cam hostel buruk ke ape. biasa but nice...homy..comfortable.. dapo tuh, kita buleh guna apa saja, nak masak ke, ape ke.. pinggan mangkok, periuk belanga semua ada. fridge semua ada besar2. mmg best lah. selesa. seminggu dok barcelona mmg x rasa sangat seksa @ susah ape2 dari segi makanan. beli jer ape2, balik masak pun buley. tapi korang xkan caye lagi dengan cerita yg bakal fatin gitau satgi.. ngeh2..
Everyday breakfast: toast, 2 jams, 1 choc spread, butter, muffin, tea @ coffee with/without milk

Sementara tunggu lewat petang, kami pun sembang2 lah dgn org hostel tu. they can speak english of coz. situ ada belambak map, buleh amek sorang sepuluh pun lolx. dia ceritalah semua benda.. mana yg best nak pegi, apa events yg ada, apa method yg ada utk berjalan2, etc.

So that night we decided to have a night walk along the La Ramblas and try the TB (Travelbar) yg provide 1 Euro set of meal & drinks every nite. hahaha.. unbelievable kan? 1 euro, u can get a plate of meal with any drinks purchased (except alcoholic drinks).

Masa 1st time nak redah jalan2 di situ, dan sampai ke La Rambla, mmg cuak.. itu pun kena guna map. kui3.. masa tu, dah dekat 7pm, mmg ramai giler org. permandangan mmg cantik, no doubt! penuh kesenian, ciri2 tersendiri. dia cam pasar malam, tapi lebih meriah. di tengah2 walkside tuh, mmg beribu org. kiri kanan, kami nampak la ramai org kerumun2. guess what, ada "human show" going on. maksudnya, ada beberapa orang yg berpakaian @ berketrampilan aneh. bila kita letak duit, diorg akan gerak2, @ we're allowed to take pictures. ada banyak, tapi fatin up satu jer lah yer. kitorang pun tengok2 jer, kalau nak gi snap gamba semua skali, bengkrap la nak kasik duit kan. ada satu tu mmg scary la.. fuh.. etot amek gamba individu yg tu, fatin dok belakang, takot2.. wakakaka.. mcm2.. seyesly, mmg unik!

Us with the Tree-Man

So we went to TB, not so bar-type.. oklah.. diorg pun accept jer ppl although we're Muslims, pakai tudung ke ape. respek tu ade. pastu the bar-guy was so frenly. dia bukan org spain, he was an Australian guy, baru 3bulan stay Barcelona, saja travel & bekerja. very cute and nice. that nite kitorang diberitahu pasal Travel Group nih. actually diorang bukan jer ada bar nih, tapi ada jugak activities yg diorang anjurkan untuk travellers yg datang ke barcelona. for example, ada hari diorang anjurkan cycling around the town, night shows on saturdays, etc. so TB nih salah satu tempat lepak semua travellers. Each nite ada lain2 menu makan. contohnya, isnin-pasta. Selasa-curry, and so on. buy 1 drink, get to enjoy the food of the nite for only 1 Euro. that nite, it was "Chef's choice" and it was Pasta. kitorang try their coffees. for me, i like white coffee, so i gave it a try. damn nice! siyesly! huhuh..

White Coffee.

Pasta. Chef's Choice of the nite.

Dah makan2, jalan2.. kami surveylah seluruh La Ramblas tuh. tengok mana yg patut. ada KFC, tapi kami muslims xleh la makan. teman non-muslims frens jer lah. tgk mana kedai2 halal. tengok kedai2 sopink. get note all the metro stations. and at the end of the day,we call it off..

31st May - My Day

cHaKKk!! ehehe.. akhirnya, fatin kembali lagi dengan lembaran baru, azam baru, nombor baru, perubahan yg baru..semuanya baru.. kenapa? ahaa.. kerana 31 May sudah pun berlalu, dan bermulalah pembaharuan selepas tarikh keramat tersebut.. ahakss~

Actuallay 31 May merupakan hari lahir fatin.. Terima kasih pada semua yg wish besday.. mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan dan kejayaan fatin.. moga semua yg baik2 terbalas olehNya kepada anda sekalian..

fatin tahu dah agak terlewat nak up kan posting pasal besday yg dah hampir seminggu berlalu, tapi apadahal, blog fatin.. sukati lah kan.. ekekeke.. Actually mmg dah lama bercadang nak update blog nih, tapi malangnya 3 June merupakan tarikh final paper utk Forensic.. Fatin x nak ulas lebih lanjut pasal exam Forensic yg telah mencoret arang hitam di jiwa fatin, cukuplah sekadar fatin katakan, ianya adalah exam yg juga hampir meragut nyawa fatin.. fuh2.. skeri laks dengarnye.. tapi betol, i went insane, i lost hope, 2 malam x tdo, x makan.. so stressful that it really might have killed me because it has switch on my thyrotoxicosis.. tapi alhamdulillah, semua pengorbanan dan kesengsaraan di balas dengan kejayaan.. tahniah diucapkan pada semua yg mengambil exam pada 3 june tempoh hari.. u guys.. no.. we deserve the victory after all damn hard works! 2 thumbs up! ** sampai ternganga la examiner tu dengan kitorang dat day.. amek kau! dont underestimate us wink2.. **

back to the topic.. on the 30th lagi fatin dah dapat ucapan2 besday.. well, to tell the truth, since school days, mmg kebanyakannya akan silap tarikh 30th & 31st May. hmm. ada ekceli kawan fatin yg besdaynya 30th May.. Si Kudin & Si Haswan.. 2-2 mamat nih besday diorg 30hb. tapi fatin ingatkan dah habis zaman skolah, dah xde kaitan dgn org besday 30hb, xde lah nak mixed up dates lagi.. nampaknya harapan hanya tinggal harapan.. this year, delta pulak gi bukak thread kat portal on the 30th.. sob2.. wuuuuu~ it will keep on continuing until the end i guess.. guess i just need to change my birth date on my birth certificate..

but, who cares.. as long as there's ppl who remembers your day.. that's more than enuff.. right :D thanx kepada semua yg wish.. here I gave the link to my besday thread, started by Mr. Delta.
http://www.thnfm.net/v1/forum/index.php?showtopic=3912
Terima kasih pada pokcik tersayam sebab nyanyikan lagu besday live on air thru radio terhavoc di alam maya, ThnFM! hoyeahh~ mekasyeh pokcik.. lebiu lebiu! huuuu.. terharu fatin sampai menitis air mata terhadap semua kawan2 yg sgt disayangi.. tenkiu2..

on the 31st, fatin sambung je la stadi forensic yg meragut nyawa tuh.. dah nak tergolek2 dah stadi.. rasa dah hafal, dah baca. but there were too many things to remember!! arghhh! and there's so many non-medical things! damn.. mmg membunuh la forensic nih! dah lama fatin x rasa seksa stadi camtu.. last time, it was Histology.. ya tuhan, sangatla meluat subjek tuh.. fuh2.. mencik2.. dah lama x stress camtu.. dah lama x muntah2 sebab terlalu packed kepala.. dah lama x pernah tremor satu badan.. dah lama x rasa "give up".. yerp.. i almost give up dat time.. terlalu banyak.. sampaikan tido pun termimpi2 mayat.. masok bilik pun terbau-bau mayat.. yerlah, bau mayat pun kena hafal.. org ni mati sebab nih, bau nya gini.. mati sebab tu, bau nya gitu.. tu x masok kaler2 badan mayat lagi.. x masok bab2 guns, shot guns, dan segala benda alah lagi.. bukan blaja forensic nih, just some forensic.. u also have to be a toxicologist, peluru-logist, pistol-logist, histologist, biologist, thanatologist, dah segala pakar yg buleh.. damn! alhamdulillah i surpassed all that.. pheww...

masa 31hb tuh, fatin stadi2, sampai terlena sekejap.. actually bukanlah mengantok, tapi fatin dah terlalu penat menghafal.. stadi.. terlalu penat.. so terlelap la kejap.. terasa mcm dengar suara hani (jiran sebelah), maybe some sort of dreams, i guessed..
tiba-tiba..
"happy besday to u.. happy besday to u.. happy besday to fatin.. happy besday to u.."
yeayyy~ kak sue, ayman, hani, adikk buat besday suprise utk fatin.. fatin terkejut berok la kan bangun tido, mamai.. gosok2 mata.. tgk 3 org anak dara nyanyi lagu besday sambil menari2 ala2 x ketahuan gaks.. wakakaka..
tenkiu2 so much guyz.. really suprised me to death that time.. kui3..


kak sue buat mee rebus, dan satu lagi tu fatin tatau la ape namanya.. some sort of desert, dengan buah peach.. tapi mmg sgt2 sedap.. nyum2.. adikk jadi cameraman, so dia xde la dlm gamba.. kih2.. fatin dah terpinga2 tuh, diorg kasik la time suh fatin tuka baju.. fatin main rembat je baju, jeans, tudung.. muka dah basuh2 pun still blurr & ngantoks.. tgk semua pun mcm xde perasaan.. but still i am so thankful to them.. muahs muahs.. mekasyehh~ luv u guys so much!

from left: ayman, me, kak sue, honey
that was my happiest day of the year.. every year, that is my day.. yeah.. every year, everybody has their own day.. but it depends.. depends on how u accept that day.. whether u celebrate it or not.. or how u spend your day.. it depends..
i know some ppl might say, it is so childish of me to take a birthday in such a serious way.. say what ever u wanna say.. what ever it is, it is my day.. and i chosed it to be My Day.. that's why, i would do anything to cheer anybody on their day.. and i hope that, even if no one would one to cheer me up on my day, at least, dont hurt me on dat day.. u have all another 364 other days to do it.. but pls.. leave this one day for me.. for myself.. for my own happiness..
I wont ask for presents.. i dont ask for wishes.. i dont need any praise.. i just want to be happy on that special day of mine.. as for the time being, it's 31st May each year.. maybe.. maybe.. someday.. my wedding day too will be my day.. well, not just my day, but also i'll be sharing it wif my special someone which i will give all my heart to.. and that time too, i was hoping dat no one will intefere.. no sadness.. no troubles.. no.. no.. no.. leave these 2 days of my life away from tears.. bring me joy and happiness.. that's all i'm asking.. not more..
thank you so much to all my family, my frens.. selama 23tahun, kalian telah membahagiakan diri yg kerdil ini pada hari nya.. terima kasih..

Saturday, May 9, 2009

Katowich, Poland.

Yeahh~ fatin kembali lagi ingin menyambung cerita sepanjang di eurotrip 2009.. ngeh2.. menghilang sebentar buat seketika sbb cari mood nak bercerita.. maklomlah, benda2 camni kena ada mood dulu.. kalau x, x jadi.. baiklah tggu lama sket dan dapat hasil elok2 (elok ke?) daripada cepat2, halai balai je fatin buat, kan? hik3..
okey, next destination adalah ke Katowich, Poland. Actually Katowich nih just utk transit, dapatkan euro visa dan utk kuar dari ukren dan masuk ke europe dgn kaedah paling murah, kih3.. kalau dari Kiev direct ke Rome ke, Barcelona ke, mane2 lah.. mmg mahal la.. unless kalau ke London.. tapi group ktorang xmo ke London, sbb London, dari msia pom dah banyak flight yg murah2 kan? London tu bila2 pom buley pi (insyaALLAH), so baiklah ke negara2 yg sukar sket nak jejak..
So, dat day, kitorang bertolak dari Kiev, lewat petang.. flight ke Katowich x lama.. 1 jam lebey jep.. kitorang naik Wizz Air jugaks. Sampai Katowich local time around 8pm (rasanya).
Dalam flight sempat lagi posing2
Sampai Katowich, masa tu ramai la..even dlm flight pom penuh budak2 U kami, hik2.. kat imigresen ni la buat fatin hangin sket.. ktorang sampai dalam 8pm camtu la..kena beratur panjang gile..bukak 3 kaunter jer.. punyala terhegeh2 depa nih wat kije.. satu2 nama depa eja.. pastu interbiu la, duk mana kat Katowich, brapa hari.. sebab depa ni yg akan bukak EuroVisa for the whole trip, so mcm2 la kena interbiu sorg2.. seksa nye lah..dahla beg berat..
yg geram lak tu, sampai 2-3 kapal yg baru landing, yg penuh dgn local ppl dan white ppl, depa semua dah licin..semua lepas dah imigresen. kami ni x habis2 lagi. mana yg ada baby, yg pregnant, sema amek kesempatan la.. potong2 line, depa nak pi dulu. mula2 tu ktorang x bising lagi. ni sampai dah kapal kedua landing, kami x berganjak2 lagi, fatin mula la nak hangin. kami pun buleh dikatakan pregnen apa? baju sema pakai 5-6 lapis, mmg sema "gemok2" cam panda masa tu. kang x pasal fatin gi depan ngaku tgh pregnen. lolx. letih weih.. buat hal lagi. mmg menguji kesabaran..
Sat2 depa ni buley ckp english, kita dah terangkan, kita nak transit ja.. x paham.. ckp russian pom x paham.. adoi laa.. susah la keja imigresen tp english x paham.. kan dah tau akan berhubung dgn org2 asing? hapelaa.. dahla interbiu pasal tempat tinggal sume. nak alamat hostel. bla bla bla. dekat 2 jam gak la sangkut kat imigresen tu. fatin dahla letih, lapa gile tahap nak pengsan. mmg bebal la jugak. huhu.. duduk terbaring gak la dgn beg gedabak2 tu.
bebal & hangin bukan sebab ape.. sebab diorg lengahkan budak2 islam jer. fatin, etot dan semua yg islam2, sema passport kena tahan. fatin ingatkan fatin kena tahan sebab nama panjang sgt x cukup space nak enter.. rupanya sbb ada "bin" dan "binti" nih mmg kompom kena tahan. depa bwk masok la passport2 ni satu bilik blakang.. walkie talkie sini sana.. tggu tu jer dekat 1/2 jam. pastu interbiu balik.. pot pet pot pet.. baru la lepas.. fuh~ cacat betol! macam la teringin sgt nak bom negara2 ko tuh.. bluwekkk!!~ bom betol2 kang baru tau! mencik!
So, dah sampai kat luar tuh, lega dah la.. masa tu pom dah dekat 10pm. Epot tu pun dah lengang. sonok la ktorang nak chop2 kerusi, sbb akan bermalam di Epot, esoknya flight 4am ke Barcelona, Spain.
Bukan apa, masa buat2 research, mcm2 la bad feedback kami baca kat tenet pasal Epot Katowich nih, kotor la, xde kerusi nak tdo la, mcm2 la.. fatin siap bawak plastik lagi utk landing, lolx. ekekek.. tapi alhamdulillah, oklah epot dia, kami dapat sorang satu long bench, mmg buley lena. tapi malangnya, mlm tu hanya fatin sorg jer lena. hik2.. nnt fatin citer..
so, dah sedap2 landing, perut nak munyik2, fatin dan lain2 pun punggah la beg2.. bawak kuar kole (cawan besi tu), coiler kecik, cucuk kat plug, masak air.. ada yg buat teh, ada buat hot choc, ada buat nescafe, ikut la.. fatin bawak kuar la nasik goreng 2nd packet. diorg mkn megi. fatin megi ukren ni x brapa buleh diterima tekak sket. so x byk pun bwk megi. dlm 5bungkus jer.
nasik lemak bogey, bawang pun xde. nasik + perencah + garam jer. bukan ape, buh bawang kang cepat basi. nak wat cmne, nama lagi pengembara kan? ngeee.. pengalaman nih. well, not bad pun nasik goreng bogey nih. ok jep. huhu..

tempat lepak ktorang. bangla kelas atasan lolx

ngapppppp~ hik2.. nyum2.. lapor seyh..
so, lepas dah makan2 tu, ktorang jalan2 la kat epot tuh, gi amek2 gamba.. fatin xmo la upload manyak2 sgt gamba, kang jadi galeri lak kat segmen blog nih. bek la korang g galeri terus tgk gamba fatin keseluruhannye. hik2..
so, bila dah kenyang2, fatin pun tepok2 la bangku tu.. susun elok2, mana nak dibuat tilam, mana nak dibuat bantal. ngeee~ budak2 yg len duk kecoh la sembang. diorang x biasa kot tdo. dgr gak la diorg dok gelak2, citer hape ntah merepek2.. bertekak2 pom ade. fatin ni ekceli xmo tdo gak, tapi siyesly fatin letih. sepanjang trip nih, fatin dapat je peluang tdo, mmg fatin tdo. penat la angkat usung beg. plus kalau terlalu x cukup tdo, fatin akan start la sakit sini sana.
yehaa~ gudnite ppl~ sila kejut kul 2am yek..nnt terlepas flight, kui3..
bila fatin lelapkan mata, mula lah aktiviti2 budak2 lagi 5 org tu.. hihihi..rupanya budak2 nih jadi hantu la sepanjang malam tu. depa pi terlompat2 sini sana amek gamba. panjat troli men tolak2. lompat berjuta2 kali ni nak amek gamba melompat, sampai peluh2. mmg kecoh satu epot dibuatnya. heeeeeee...seb bek la fatin tdo dan tutup muka. x ngaku kenal budak2 nih.. ishk2.. lolx. mana fatin tau cerita nih? hehe.. dicerita kembali oleh watak2 utama lah. siap ada gamba sebagai bukti. mmg sah! tiada yg dusta. geleng je kepala tgk gamba2 diorg. errr..tidak sesuai oleh semua lapisan masyarakat utk dipapar di sini.. sowie! hik2..
dlm 2am camtu diorg kejut la fatin mangun. ekceli dlm 1am camtu fatin dah terjaga, sbb sejuk gile.. fatin mangun tambah pakai turtleneck pulak dgn bubble jacket, tapi mmg menggigil la fatin satu badan. sejuk giler. kul 2am tu bgn, gi toilet kemas2 siap2 diri, pastu dah gi bratur kat check in. jumpa la budak2 len yg nak ke Barcelona, Spain same2. huhu.. fatin dgn muka ngantoknya. kui3..
budak2 nih, x tdo.. sepanjang trip, rasanya fatin sorg ja lena bila tiba waktu lena. depa nih, x lena. depa lena masa dlm flight, dan dlm transport epot-town. tu yg dlm flight nak ke barcelona, depa semua pakat kroih2.. fatin gak segar bugar :D ngeeee...
tu lah citer kat Katowich, Poland. Tggu sambung citer masa sampai kat Barcelona pulak yep~

Monday, May 4, 2009

Kiev

Ok Ladies and Gentleman, we're now approaching the Barispol Airport, Kiev and will be landing shortly. huhu~ tup2 dah sampai Kiev. Alhamdulillah.. Kami sampai lewat petang tu, mmg sejuk gile. kat Simferopol x sesejuk di Kiev. Ha, lupa nak cakap, selain dari pening2 plan pasal trip tu, cuaca pom kena amik kira yep. sbb takot snow storm ke ape ke, pastu nak bajet2 baju dan jaket yg nak dibawa lagik. So,kami sampai di airport, nak amek bas ke town pun xtahu kat mane. tanye org kat situ pun buat bo layan, hampehs.. juai mahai.. mencik! duk la tercangak kat tepi tu, dekat setengah jam menggigil la sume dgn berat beg lagi, last2 patah balik masuk parking lot, rupanya kena nek bas yg dah sedia ada, mahal seh.. 25griven sorg, 1 way je plak tuh. chaittss.. nih dah harga teksi kat simferopol. dahla bas buruk je pom. x patut betol! mencik2 lagik!
Dari epot nak ke town mmg sgt lama, jauh gile, siap tdo sedap lagi dlm bas. lapar, xyah ckp la. jenuh la ktorang duk pandang kiri kanan, mana mekdi..mana mekdi.. huhu.. mekdi je yg terlintas nak saboy (take away) makan. sampai kat vakzal (stesen ketapi), kami carik apartment. situ mmg pemes la makcit2 pakcit2 akan berdiri lelong2 pasal apartment. so kami dapat la 1 malam 6 org 300griven. oklah.. tapi jauh la pulak makcit nih punya apartment. yg lain2 sampai 400griven. cam x berbaloi. dahla nak duk 1 malam jek. so,angkat je lah. sblm tu singgah mekdi, saboy fillet o fish, dah yg tu je pom buley makan. pastu, nek metro dlm 5 stesen, pastu nek bas plak lagi! tadi makcit tu kata nek metro je sampai. penipu sungguh! grr.. tapi ikutkan je lah. dah letih tahap nak pengsan. huhu..
Sampai apartment, oklah, ada dapo, washing machine, 1 master bedroom buleh muat 5 org, 1 bilik kecik (mmg utk john la tuh), toilet, tv sume lengkap. so masok2 umah tu, makcit tu buleh tahan la peramah dan baik gaks. dorg borak2 la layan makcit tu, fatin dah mamai2 dah ngantok. habis g toilet sume, makan mekdi, duk sat layan makcit tu, ckp russian tunggang langgung pom makcit tu kata kami bagus cakap russian. ape2 lah makcit, saye letih nak tdo. pastu mmg terus tdo. diorg bising2 ape pun x sedar dah, pasang mp3 thru henfon, terus syahid. huhu.. bgn pagi2 lepas subuh, fatin org 1st la bgn, gi buat bekpes. makan nasik goreng (the 1st pack, semua ada 4 packs) dan telur rebus sebijik (bawak sampai 5 bijik, mana lah x berat beg!). ktorang bertolak 11am dari apartment lepas semua siap, makan, rehat2 kejap, pack2, terus gi vakzal, nak carik mashrut (one of the public transportation called here in ukraine), sbb dari vakzal tu nak ke epot dekat sejam lebih. flight ke Katowich kul 5-6ptg.
Bertolak dari apartment nak ke airport Barispol, Kiev.
Sampai epot, mmg ramai la budak2 msian ada situ. semua pun sama destination, Katowich, Poland. huhu.. berdebar.. gumbira.. excited.. semua rasa ada.. mcm2 lah.. going abroad now.. need to use my passport now... my visas.. huhu.. going out from ukren.. yabedabeduu~ akhirnyaa.. kuar gak dari penjara neh.. fuh2.. lega lega lega! Passport Malaysia & Ukrainian Student Card & Boarding Pass.
The 1st big step from the 6 of us begin here.

tu la kami berenam tgh tunggu nak nek aircraft. masa tu fatin dah penat giler plus sgtlah panas. hampir2 pitam dah tu. lepas snap pic nih terus gi toilet, tanggalkan sweater satu, ikat kat pinggang jer. huhu.. pastu sempat gi masuk kedai2 duty free. survey perfume. huhu.. hugo boss.. fuh fuh.. ai likee~

Nantikan next citer pasal lepak kat Katowich. mmg best la walaupun just stay 1 night kat epot. hehe.. stay tune~ (cewahh..ingat radio ke ape! kui3)
2 am dah sinih..masok tdo dulu..esok x bgn kang subuh gajah kang. ishk2.. nite ppl.. assalamualaikum~

Eurotrip 2009

cHakKk~ hihihi.. akhirnya terbuka suda hati untuk berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang berEuroTrip tempoh hari..
Sebenarnya, tahun ni fatin dan rakan sekelas telah pun bercuti2 ke 4 buah negara di Europe. Alhamdulillah, setelah berjaya kumpul duit, dapat juga merasa jejak ke negara2 eropah lain utk tgk tempat org kan..
Ekceli fatin ade la buat diary sepanjang perjalanan tu, tapi setelah ditapis, fatin kongsilah citer dengan korang yek..

A little bit of details about our trip:

Members : 6 persons
Duration : 14 days
Date : 14 Jan 2009 - 28 Jan 2009
Destinations : Kiev, Katowich, Barcelona, Rome, Kharkov.

Selalunya mmg students gi eurotrip time winter break.. takde lah panjang mane pun cuti tu, tapi pandai2 la ponteng dan ganti kelas nnt. hik2.. tapi alhamdulillah, kami burnt 1 week pun, still xyah ganti ape2 sbb 2mggu pertama tu lectures jer. xde start kelas lagi. so terlepas la dari bahana utk rework classes kan. huhuhu..
untuk post kali ni, fatin nak kongsi cerita tentang persiapan2 yg dilakukan untuk ke eurotrip hrtu. well, lain org, lain group, lain caranya kan.

1st of all, ape2 pun, kena form group. mcm kami, mmg from last time dah promise sesama klasmate, mmg masa 4th year nak gi cuti same2 eurotrip as 1 group. so, kami gi berenam. Tiha x join sbb dia join group lain. long story, not important, we'll skip dat~
dah form2 group, yg penting lepas tu, tgk max bajet setiap org brape. yelah, kami bukan org senang, so mmg ade lah max bajet nye. klu group2 lain, maybe x kisah pasal bajet. kami kisah :P tapi x termasuk duit sopink la nih. kiranya bajet utk transport, penginapan, makan minum dan inter-transport sepanjang perjalanan. sapa nak sopink, sopink..sape x mampu, asal dapat join and be a part in the team pun dah kira ok ape. bukan semua dapat peluang mcm ni kan..

lepas tu, mula lah buat plan and routes. bab ni la paling susah skali. coz mmg pening, mmg serabut, mmg rasa cam nak cabut kepala. plan shud be done early. shud survey all sorts of things. i mean, EVERYTHING! do all the comparisons.. by train or flights? which one is cheaper? what's the pros and contras. how to get to town? which is this, which is that. which one connect which one? which country we want to go? macam2.. master mind ktorang kali nih adalah cik ETOT kiter.. terima kasih yg x terhingga pada Etot dan ayah beliau yg banyak membantu.
destination asal ktorang masa tu, barcelona, rome, liverpool, poland.. tapi masa nak book flight, tiba2 flight ke liverpool naik 3x ganda harga (dlm pound pulak tu!), so terus on the spot tuka plan. see.. bayangkan how tricky it was.. bukan senang nak susun routes ok. tell u again, IT IS NOT EASY!

lepas dah book flights sume (lupa pulak nak gtau, ekceli ktorang gerak sini sane sume dgn flights.. 100% by air.. no trains), pastu kami bahagi lah tugas. mcm fatin, fatin dan john handle barcelona (coz fatin mmg nak sgt g barcelona!). we handled everything from the 1st step reaching barcelona, until the last step before taking off by plane.
semualah kena cari, dari epot nak ke town camane, nak ke hostel cmne, hostel ape nak duduk, brapa sewa, brapa hari, cari restoran2 halal, tempat2 ape yg menarik, susun xtvt for the days that we're going to spend, pasal public transportations, dan sebagainya. kiranya, bila sampai barcelona, fatin dan john yg lead the way, pegang map, susun xtvt apa kita nak buat sepanjang duk situ.

bunyi mcm berat kan? well, agak berat jugak. tapi x seberat nak choose routes (hehe..fatin x habis2 ckp pasal susah nya nak choose routes kan :P wekk! dah mmg susah! korang x caye, korang cuber lah nnt..). kitorang buat gini sbb nak mudahkan dan ringankan beban gaks. yelah, masing2 pom bz kan dgn stadi sume. dahla nak pegi 14 hari. agak2 la kalau sorg je yg handle dan jadi mastermind. dia pom jadi giler.. kalau xde yg susun dan collect all the infos, rugilah nnt gi sane, baru nak terhegeh2 cari everything... buang masa.. we have to make use each single minute that we have! huhu..

so, bila semua dah siap, susun xtvt sume, x habis lagi tau.. kena beli brg2.. haa..masa ni pun mmg klaka la.. masa tu fatin ingat lagi, ktorang tgh cycle pshychology, duk dlm kelas, asyik la masing2 kuarkan list hikmat yg tertulis segala barang2 yg perlu dibawa. mula dari beg, sikat, sabun, baju2, sampailah segala makanan dan sebagainya. list nih pun sukar gak sbb max limit 1 backpack 10kg jer, pastu kena tgk, kita mampu ke nak usung 10kg ke hulu ke hilir. 14 hari punya brg kena bawak, cukup ke lebih ke. semua kena congak. huhu..

bunyi mcm sakit kepala kan? tapi ekceli it was fun. u r not on your own. we're all together doing all the things. dat's the sweetest things.. well, even if u're going in a smaller group, let say, group of two of three, it will still be da same if we work things out together. janganla sorg je buat keja, dia pun ada life dia sendiri kan? dia stress, buat keputusan x betul, whole trip will be no fun. whos to blame? (pinjam ayat pokcik, kih2)

fatin, beli semua benda.. mostly lah.. sbb fatin apa pun xde.. nak pinjam beg org, x brani takot putus kang kena ganti dgn yg baru, baik la beli baru terus, buley guna lagi next2 trip (cewahh..ada cita2 nak gi tempat len lagi nih sbnrnye, kui3).hrtu masa gi rinak (market) nak beli brg2, mmg list berjela lah. backpack, towel, maggie, cawan besi, coiler, hot choc 3 in 1, socks, plastik2, toiletries for travelings (kan kena 100mL sumenye, ssh gile nak carik!), baby T (yg ni gi cari kan bundle shop, buat pakai buang), dan macam2 lagi lah. banyak gak fatin beli, beratus gak habis. kui3.. x ingat dah apa lagi, tp mmg belambak la.

sblm bertolak, last exam was psycho lah. huhuhu.. x terasa pun nak exam sbb lagi berdebar nak bertolak. fatin x takot ape sangat ekceli, fatin takot fatin pengsan je angkat 10kg ke hulu ke hilir. lama dah weih x bercamping berhiking2 nih.. fuh2.. dahla dgn thyroid nih asyik la buat tachycardia, buatnya kena balik attack cam dulu sbb terlalu stress @ letih @ nervous, mau x haru! eheheh.. sbb tu la setiap hari, kami akan masing2 sama2 ingatkan ahli group, "jaga kesihatan, kita nak g trip nih..jangan sakit2.." hehehe..tu ayat etot la tuh :P

2mlm sblm bertolak, dah packing dah. beg letak sebelah katil nih. tenung je beg. mcm x kena.. unpack balik, pack balik. berpeluh2 gak la nak pack bag tuh. sampai nak nangis la call umah ngadu kat abah. tau sebab apa? anak dara dia nih, dah 5tahun ulang alik ukren, x penah skali pun pack bag sendiri :P sema abah buatkan. mana x nya, 2mggu sblm fly ke ukren, beg dah siap2 terbuka dlm stor. sikit2 dah beli brg nak bawak balik. kalau last minit beli, kang ada yg terlupa. 2mlm sblm bertolak ke ukren, abah akan packing kan brg2 sorg2 tgh malam tanpa pengetahuan fatin. sbb dia tau, fatin cukup benci tgk beg tu! 2-3 hari sblm fly kompom fatin makan x lalu, mandi x basah, tdo x lena. slalu je fatin dgr tgh2 mlm abah duk sumbat2 brg dlm beg. hehe.. so sweet kan abah.. xnak anak dia hurt, buat sorok2.. pastu sorok balik beg dlm stor. hari nak berangkat baru beg kat depan pintu. cam ala2 AF tuh.. huhu.. belum kuar umah dah banjir, kat epot xyah ckp la.. walaupun dah 5thn ok! still..

back to the story.. so, fatin call abah, bising2 ckp leceh lah itu ini lah, bla bla bla.. abah sabar jer, nasihat.. yg ni dah masuk? itu dah masuk? ok susun yg ni kat bwh, yg tu kat atas, tepi, mcm2 lah abah kasik direction. tapi mmg betul, kalau kita susun betul2, weight bag akan berubah gak tau. so dah susun2 sampai lah puas hati, kak sue pun puas hati, mlm tu mmg tdo awal kasik kumpul tenaga. huhu..

14 January 2009, flight to kiev was around 4pm. call umah, call mama, semua call, mintak doakan perjalanan, halal makan minum, mintak ampun semua (anything can happen rite?), so 1pm dah kumpul kat lobi hostel. masing2 dgn beg. rupanya bukan group kami jer. ramai giler naik flight yg sama. lobi mmg meriah dgn semua backpackers. huhu.. semua tenggelam dgn beg2 yg besar cam anak gajah. masa mula angkat beg, rasa cam gagah lagi, tapi dah terbongkok2 lah. sampai ke dobi, duduk je atas sofa, rasa nak tergolek terlentang~ wakakaka..mmg lawak la. siyes.. dahla pakai banyak lapis baju. masa tu fatin pakai 5helai baju, 1 bubble jacket yg tebal, 1 jeans, 1 lonjong, 2 socks, buts. fuh2.. cam penguin berjalan! wakakaka.. dahla pakai beg kecik gantung leher tu. dlm bubble jacket ada PDA, henfon, passport, purse lagi. believe me or not, i cant even zip up my jacket!! so damn FAT!! kui3.. (pengetahuan, duit2 sume xde dlm purse, sorok tempat lain, hehehe..) sbb tu la gamba2 dgn bubble tu sumenye bulat2.. 5 helai baju, dgn 2babyT, longsleeves, turtleneck yg tebal, sweater. sbb ape pakai tebal sgt? sbb nak jimat space dan weight bag. masa bergerak pakai tebal2, sampai destination bukak la mana yg x perlu, pakai yg perlu je yg bersesuaian dgn cuaca.. tu la cara nak jimat kan.. huhu..

so, kami bertolak ke epot naik bas biasa. xyah la nek teksi sampai 40-50 griven, sedangkan nek bas 2griven jer. huhu.. kalau ada luggage besar2 ye lah kot nak nek teksi. tapi berebut la nek bas sbb banyak org, byk group, semua dgn beg besar2. hehe.. berlari dgn beg 10kg, 1st time setelah bertahun x angkat beg seberat tu on the back, mmg giler lah. jalan dari hostel ke bus stop (dlm 1/2 kilometer kot), fatin ok lagi la sbb fatin rasa beg fatin dlm 9kg jer, tapi john, bhavani dan pravina dah mmg merungut bising x larat. hik2.. sham sorg bwk beg tarik. dia xyah bising la sakit bahu. dipendekkan citer, sampai ke epot, kena timbang beg. etot, sham exceed 10kg. dahla tuh, diorg suh sumbat lak beg dlm besi ukuran perlepasan size beg tuh. dem betul lah! dahla kecik kurus slim jer besi die, handluggage fatin yg biasa ni pun x lepas rasanya. etot siap kena bukak2 besi beg dia. sian betul. fatin lari dah dgn john, xmo ukur. kui3.. nak idup kan? pepandai la.. xyah nak jujur sgt jadi pak tongkol kot. biasalah beg mestilah gedebak besar gemok2 sbb penuh makanan. fatin bawak nasik goreng rasanya dekat 1/2 kilo beras kot. huhuhu.. i have pangastritis beb.. kena jaga makan minum.. huhu..
so, kat situ je lah prob ktorang. simferopol - kiev, bwk air mineral lepas jer. huhu.. so, kami pun bertolak la petang tu ke kiev dgn selamatnya, alhamdulillah..

John, Bhavani, Me, Etot at the departing longue.

Sunday, April 26, 2009

.:: Resepi 2 ::.

KUIH TEPUNG PELITA
IKAN GORENG MASAK REMPAH

SUP AYAM CENDAWAN

http://www.thnfm.net/v1/forum/index.php?showtopic=3205

CARAMEL

NASI GORENG BERIYANI




.:: Resepi 1 ::.

Afternoon people =D
akhirnya harini dapat mood sket nak menaip dalam blog sendiri..
Well ekceli, bukan betul2 menaip.. copy paste jep =P tapi pada asalnya fatin menaip sendiri isi kandungan yg ori tu yep.. hehehe..

Bagi yg belom tahu, memasak merupakan salah satu hobi kegemaran fatin.. sangat suke memasak even dlm bad mood (usually bila moody, akan masak utk releasekan tension)
Banyak resepi2 yg dah fatin cuba, tapi x semua fatin rajin nak amek gamba dan upload.
Tapi bleh la sket2 fatin kongsi so far kan..

Apa2 pun, ingin dijelaskan di sini, semua resepi2 ni telah fatin upload kat portal ThnFM.. akan fatin sertakan link nya, jadi buleh tgk full review dan reply2 dari beberapa rakan2 di portal.

KEK GUNA BISKUT - TANPA TEPUNG




KEK CHOC 7 MINIT

KOEW TEOW KUNGFU

http://www.thnfm.net/v1/forum/index.php?showtopic=1493

SALAD UKRAINE STYLE

SPAGETTI SARDIN
http://www.thnfm.net/v1/forum/index.php?showtopic=3398