BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 13, 2010

..Mari berpuasa di Hari Wukuf..

I miss U, mama and Haram~

14 November 2010 - 5.40am - Sunday
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera :)

Morning people :D huhu.. Awal plak laa minah ni update.. haha! Tatau nak buat apa pagi2 buta nih.. Plus, nak post awal topic nih sebab takot di msia skrg ni pun dah tengahari rembang kan hihi..

Setiap tahun pun my beloved mama akan ingatkan fatin pasal puasa hari wukuf, tapi most of the years tak dapat sebab selalu lah terlupa dan ada halangan yg xdapat dielakkan. This year, I really want to make it happen! Plus, active berblogging skrg, so, mahu mengajak rakan2 yang lain juga turut sama2 berpuasa :D

GANJARAN BERPUASA PADA 9 ZULHIJJAH (HARI WUKUF)

Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.

Maka Baginda bersabda:

“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah.

(Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)

Tahun ni, mama fatin  tak menjalani ibadah haji, hanya participating for Hajj Mission, dan sudahpun berangkat ke Makkah semalam :) Moga perjalanan mama pergi balik selamat dan dilindunginya, moga pekerjaan mama dikira sebagai jihad olehNya, dipermudahkan dan dikurniakan ganjaran yang besar. I'm proud of my mom!! I really do :) Love u mama! Take care there..


So, pada yang lain2 dan jugak diri fatin, marilah kita ready kan diri, set in mind, esok saya mahu puasa!! Kalau rasa perlu pikir pasal sahur (mcm fatin nih, yang memang bermasalah sket), so pikirlah dari skrg, esok kita posa okeh ;) Jangan tangguh2.. mana tau, kita tak sempat dah nak ketemu dengan Hari Wukuf pada tahun depan? Atau dah x sempat pun nak melihat esok hari? :) Jom Jom Jom!! Jom posa esok! (Isnin - 15 November 2010)~

0 feedbacks: