BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 13, 2009

.:: Sakit Memanjang ::.


Assalamualaikum buat pembaca2 di luar sana..
Haacchuummm~!! fuhhh~ nikmat sungguh bersin nih sebenarnya..
hari dah genap 6 hari fatin demam (kali kedua bagi tahun nih).
Start batuk kering hari ahad sebelum menDJ carta top20@ThnFM, isnin start demam tggi & batuk teruk sampailah skrg..
Seminggu fatin x on YM sume sbb mmg x larat ngadap lappy.. kot yer skali skala je ada di portal (www.thnfm.net) utk jenguk2 sbb sepanjang smggu ni fatin je pegang radio..semua DJ takde..semua pun ada hal masing2 kan..
xpelah..dugaan di kala2 begini..
Fatin pun x tahu apa sebabnya bleh kena demam lagi skali nih..
sebulan yg lepas dah kena demam dah (sbb sinusitis), dah makan ubat antibiotik cephalosporin semua, suppose xde dah kena bacterial infections.. sbb baru sebulan kan..
mgkn sebab khamis jumaat lepas fatin exam therapy, tension exam, immunity kurang..pastu gi melantak makan buah oren sampai 10 bijik (utk 2 hari yer..bukan 1 hari 10bijik!), sbb tu ahad tu kena batuk kering cam nak pengsan~ hurmm.. patut oren kan bagus sbb ada vitamin C?
haaa..tu lah jangan salah paham..walaupun oren mmg bagus sbb ada vit.C asli yg baik, tapi kenalah hati2 juga masa makan.. antaranya:
1) jangan makan terlalu banyak skaligus
2) jangan mkn oren @ buah2 sejuk di musim2 sejuk @ hujan atau di kala cuaca x menentu.
3) elakkan makan oren @ buah2n sejuk bagi mereka yg ada asthma.
padanlah dengan muka fatin..hik2..
so..selasa lepas merupakan hari pertama bagi kelas baru (neurology)..fatin mmg semangat giler nak ke kelas sbb 1st day kan, plus neurology, susah la bagi fatin, so sbb tu kena semangat.. tapi apakan daya, demam panas lak selasa tuh..masuk2 kelas, buat soklan objektif sume, skali cikgu suruh balik bilik dan rehat..katanya, esok2 lusa baru rework..damn! kena rework??!! argh~ fatin x penah2 rework kelas! ishk2.. tp cikgu mmg paksa gak suruh balik..
so dgn hati yg berat fatin pun balik lah...
balik bilik, demam x kebah2.. panadol ni berpapan2 makan..
rabu pun x leh bangun nak ke kelas.. duk lepak atas katil.. makan pun x.. selasa malam tiha & etot datang lawat, banyak kuih cek mek & lempeng pisang.. rabu mlm dorg belikan fatin ubat2 yg fatin pesan.. tp minah farmasi tu tipu kasik ubat lain..grrr.. org mintak moxifloxacin, dia kasik amoxicillin jer.. xpelah..ape2 pun, sgt2 tenkiu so much to both of them! luv u two so much! muahhss~
fatin pun on lah medication sendiri.. khamis nampak demam cam kurang.. x tggi.. (patutnya dah xde demam), so fatin pun gagah kan lah diri gi kelas.. gi kelas je..cikgu2 masuk2.. terus dia sound:
"fatin?! what are u doing here?"
"I'm attending for your class, sir.."
"How are u feeling now?"
**Elok nak jawab kata fine..tiba2 tekak ni gatai lak gi batuk pulak! adoiii...**
"Not fully well sir.."
**cikgu pun bebel dlm russian yg diterjemahkan kepada:**
"Pergi balik fatin.. jangan risau pasal kelas.. nnt2 buleh rework."
"Tapi sir.. saya x nak rework banyak2 kelas"
"Jangan risau, balik dan rehat. nnt berjangkit satu kelas. kawan2 kena demam. lepas tu saya kena demam. macam mana?"
**Bergenang air mata.. fatin nak blaja! kenapa cikgu xmo bagi! fatin xpenah wat keje missed kelas camni.. xpenah! fatin sgt sedih..**
"fatin..balik okey?"
**fatin pun pandang je muka tiha, etot, dan klasmate2 yg lain**
"balik jer fatin, cikgu ni sangatlah baik dan understanding.. nnt dah sehat ko rework lah" etot kasik sapot..
**sekali cikgu bersuara dlm english balik**
"bhavani?! you are not feeling well either? u and fatin should go home after this.."
"Sir, can we do the objectives & task first then go home?" fatin pun bersuara..
"sure.. no problem"
**fatin dgn muka yg sejuta kedukaan tuh memerah otak jawab soklan2 objektif.. task.. adoii.. susahnye lah.. rasa cam nak give up.. kepala berat.. ilmu x cukup.. soklan senang nampak susah..
dah pass jawapan, fatin dah bhavani buat keras je kat tempat masing2.. xmo ganjak.. xnak balik!
ingatkan cikgu dah lupa.. habis dia mark paper..**
"ok fatin and bhavani, good bye.. go home!"
huh~ cikgu..cikgu mmg sgt sweet..sgt caring.. fatin sgt tacing.. tp..fatin nak blaja.. knp cikgu xnak kasik?.. sedihnya hati.. :-(
petang khamis tu fatin balik dgn bhavani dgn penuh kesedihan..
balik bilik, mmg demam balik.. hmm.. makan la segala jenis ubat..
ubat apa yg fatin x makan?semua makan:
1) antibiotik (amoxicillin..sepatutnya fatin nak moxifloxacin)
2) panadol
3) ubat batuk
4) ubat titis dlm hidung
5) antihistamine
6) Vitamin C
semua fatin telan.. tp xde yg cure..cuma depressed the symptoms jer.. batuk makin teruk..kalau dulu batuk kering, skrg dah start batuk berkahak, tapi kahaknya x lepas pun ke tekak..sekat kat dada je.. so bila batuk mmg penat..ape org ckp, batuk x lepas??
roomate fatin dah risau.. jiran2 dah risau..etot & tiha pun call suruh gi klinik..buat x-ray tgk apa cerita.. batuk ni dah rupa cam org kena TB ke pneumonia dah ni.. adoii~
hmm..maka dengan berat hatinya, fatin pun melangkah pergi ke poliklinik pagi jumaat yg sejuk..
tggu therapist.. dia check lungs sume, gi buat x-ray.. berdebar fatin tggu keputusan x-ray.. huhu~
buat2 kuar result kena pneumonia ke ape, ade gak yg pengsan kat depan bilik xray tuh.. tapi alhamdulillah..semua okey..
jumpa balik therapist, dia prescribed ubat2 baru yg lagi kuat sket.. pastu dia siap buleh interview laks pasal2 ubat..ubat ni utk ape, group ape, apa mechanism of action, bla bla bla..
kita batuk rupa nak mati, buleh dia tanya2 laks.. grrr... xpalah, layan jek..
yg bestnya, satu sen pun xyah kuar sbb guna insurans.. fuhh~ 5tahun bayar insurans, akhirnya buleh guna gak! dapat ubat pree.. check pree..xray pree.. alhamdulillah.. doc kasik:
1) augmentin
2) interferon
3) vit.C with chloride in chocolate flavor ( sedap weih! )
4) nasal drops for anti-congestions
tu la ubat2 dia kasik sume.. fatin dapat2 rasa leganya..fuhh~ lega sebab dapat prescription dari doktor yg betul2 doktor..selama nih buat prescription ubat sendiri..walaupun ubat2 semua lebih kurang sama je dgn yg fatin kasik utk diri sendiri, cuma doc kasik yg lebih kuat utk fatin lah.. anti-bacterial & anti-viral drugs skaligus dia kasik..kui2.. kalau x mampus lagi kuman2 dlm badan nih, mmg x patut!
so..apekah diagnosis fatin sebenarnya..? ahaa..jeng3x...
viral infections of lower respiratory tract with secondary bacterial infections of sinus (sinusitis).. :) tahniah fatin! kutip lagi banyak2 kuman masuk dlm badan..kui2..
yg leganya, fatin dapat spravka! (MC) oyeahh~ xyah la bayar duit utk ganti kelas yg dah ditinggalkan.. huhu.. so start dari hrni, terpaksa lah fatin study cam nak pengsan sbb nak cope kelas hari2an dan kelas yg terlepas2.. moga allah mudahkan urusan fatin kali ini..
semua yg terjadi ada hikmahnya kan..
there should be a reason why I was sick the whole week.. why I need to skip classes for 1 week..
fatin yakin, ada lah hikmahnya nih.. xpe.. fatin redha.. :-)
ape2 pun, fatin harap dlm sabtu & ahad ni fatin sempat recover & pulih secepat mgkn.. rindu nak ke kelas nih.. asik tido tido tido.. naik kembang dah muka nih.. huhu.. korang.. doa2 kan lah sama yer.. jazakallah khairan kathira.. moga ketemu lagi di lain hari, insyaallah~
hepi weekends ppl!

Sunday, March 8, 2009

Epi Women's Day to all da ladies!!


Assalamualaikum pembuka bicara di pagi 8 Mac 2009..
posting harini khas ingin fatin tujukan pada semua terutamanya buat mama fatin dan buat semua yg bergelar wanita di luar sana..
8 Mac merupakan hari wanita sedunia.. international women's day!

Di ukraine, women's day merupakan celebration kedua yg terbesar selepas krismas.. sangat2 diorg menyambut dan menghargai wanita.. hehehe..
memandangkan 8 Mac jatuh pada hari ahad, maka esok (isnin) seluruh ukraine shut down cuti~ fuhhh~ kita cuti utk maulid nabi, diorg cuti utk women's day.. x kisahlah.. sekurang2nya kami ada gak cuti =D



fatin ingin berkongsi sedikit perkara mengenai wanita:
..Kelebihan seorang wanita..

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu (isteri dan anak-anak) menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.

Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Wallahua’lam..

Monday, February 9, 2009

~ This Imperfect Gurl ~


i am not a perfect girl..
a daughter, a sister, a friend, a student.. a girl not yet a woman..
i am loving n caring, shy and frenly, careless and careful, broken and whole, confident and scared, terrified and excited..determined but scared.
i am always misunderstood..
i pray to god and cry my tears.
i laugh on the outside but dying & breaking down on the inside..
i listen to others, but nobody listen to me.
i walk on fire and thorns..
i want to love and to be loved..
i am everything and nothing..
but this imperfect girl is trying to love perfectly..

Monday, February 2, 2009

.:: Jgn Malas2 ::.

Salam pada semua.. *gigil2 kesejukkan* grr.. sejuknye laa hrni~ actually fatin baru balik dari centre.. gi lepak2 makan kat "kredo" (nama restoran yg ade sotong goreng tepung).. actually x plan pom nak lepak sane.. ponteng 4 lecture semata2 sebab nak gi bayor bil tenet. yelah, dari jumaat guna tenet "haram" x berbayor, ni baru nak bayor bil utk 1 feb 2009.. yg 30-31 jan 2009 tu kire line tenet haram la, sbb tu la asik lag je kat SB dan asyik dc je bila nak menDJ.. padan muker~ kui3..

dah alang2 kuar gi bayor tenet, jalan la kaki gi "rinak kubisheva" (market kubisheva), patutnya hari isnin nih, sume market2 sume tutup, tp nampak gaya cam ade je org juai2 sayur tu, harap2 makcit jual ayam halal tu ade la..masuk2 market, kuciwa sungguh, tutup sumenye..yg ade, makcit2 yg jual x halal punye jep~ cheyy~

tiba2 perut pun main gendang.. fatin dengan bernasnya.. "jom gi kredo" ngeh3~ apa lagi, etot, tiha dan john pun, "OK" jer.. lepak makan sampai 2jam lebey borak2.. hahahaha.. sume borak pasal eurotrip masing2.. sbb tiha x ikut ktorang kan, dia gi dgn group lain, so ape lagi, sorang2 la bukak cite... erkk~ sesi ngumpat ke? no komen~ :siul: wakakaka.. sesi luahan perasaan dan berkongsi pengalaman :siul: lagiks.. huhuhuhu~

elok nak balik tuh, skali suhu merudum jatuh.. sejuk giler badak! fuhhh~ fatin nih kalau pakai baju tebal mane pom dgn jaket, kalau kaki terasa sejuk, fatin sangat2 gigil... rasa baju pom x cukup tebal.. tatau la~ mmg gitu slalunye.. gigil2 la balik nek bas.. hurmm~














ni la akibatnya, org gi lecture, tapi kitorang gi market & layan borak lepak2 makan2.. ishk3.. ape nak jadi.. huhuhu.. actually ktorang sekelas nih mmg sgt baik.. siyesly! (tgk muke org2 yg xnak caye) betul laa.. kelas ktorang baik woo.. xpenah ponteng2 lecture.. tapi tadi.. tggl 2-3 org je dlm lecture hall utk lecture tuberculosis.. xkan la ktorang nak tggl situ gak kan? ngeh3.. cabot je lah.. sejak balik trip nih makin malas.. ishk3.. fatin2.. kan dah berazam dgn diri sendiri xmo malas2?? nape jadi gini?? huwaaa...~ helep~ helep~ huuuu.. ok ok..pasni fatin CUBA x ponteng dah lecture.. dahla kitorang missed 4 days punya lecture..1 hari 6 lecture.. 4 hari, 24 lecture kena reworkk!! perghhhh... insap insap.. hurmm.. sekali seumur idup buat jahat.. oklah, pasni transform jadi baik balik.. :P

sampai2 bilik, terus skodeng portal~ spt biasa.. fatin kan onlen 24jam.. hehehe.. wish2 pokcik hepi anniversary ( ulangtahun perkahwinan pokcik dan mummy yg ke 11) dan layan dj.. iaitu dj pokcik! hahaha..




di kesempatan ini, fatin nak wish hepi anniversary buat pokcik cool dan mummy chantek~ moga istana yg dibina sepanjang 11thn nih akan terus kekal utuh hingga ke syurga, ameen..

perut dah kenyang nih~ xyah la masak kan..kui3.. nak gi kutip gamba2 eurotrip, pastu nak edit2, nak upload ke portal, frenster dan kat blog! yehaaaaaa~~

Saturday, January 31, 2009

~ Salam pembuka bicara ~


Assalamualaikum wbt.. Selamat sejahtera.. Selamat datang.. Welcome.. walau di mana jua anda berada.. salam dihulur pembuka bicara.. genapnya 1 februari 2009, terbuka juga hati ini utk membuka sebuah blog yg x seberapa ini sebagai teratak buruk persinggahan hari-harian..

Terima kasih diucapkan pada rakan2 yg banyak memberi dorongan dan sapot utk fatin memblogging~ tenkiu so much pada abg asam yg bantu fatin~ tenkiu pada pj a.k.a hafis yg tak putus2 bakar semangat suh bukak blog.. ekekekeke..
Buat kalian, yg sudi singgah jenguk2 kat sini, terima kasih banyak2.. takde ape sgt pom kat sini, biasa2 jek.. sekadar berkongsi cerita2 tentang diri fatin dan yg terjadi di sekeliling fatin~ ahakkss..

but u are all most welcome here~ =D

"The life I touch for good or ill will touch another life, and that in turn another, until who knows where the trembling stops or in what far place my touch will be felt..."